"Apa hubungan saya dengan mereka?" Perempuan berpakaian merah itu ketawa sambil mengangkat keningnya yang terukir cantik itu. "Yun Xiao adalah anak saya dan Yun Luofeng pula menantu saya. Sekarang kamu tahu apa hubungan saya dengan mereka?"
Bagai dipanah petir, Lin Yuan langsung terpegun.
'Apa dia cakap? Lelaki yang kejam seperti Dewa Kematian itu adalah anaknya?'
'Tidak! Mustahil!'
'Kalau lelaki itu anaknya, kenapa nama keluarganya Yun dan bukan Ye?'
Long Fei juga terpegun.
'Bukankah Yun Xiao seorang anak yatim? Sejak bila pula dia ada seorang ibu?' Bagaimanapun, sama ada perempuan berpakaian merah ini benar-benar ibu Yun Xiao ataupun tidak, Long Fei tahu perempuan ini sangat ambil berat tentang Tuannya dan Yun Xiao.
Ini sahaja sudah cukup!