Jadi apa kalau mereka bukan tabib? Adakah mereka tidak dibenarkan memiliki herba kalau mereka bukan tabib?
Asalkan mereka dapat herba-herba ini, mereka boleh minta pertolongan daripada tabib terkenal dengan memberikan herba-herba ini selepas keluar dari Hutan Tiada Kembali ini nanti. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh jual herba-herba ini kepada orang lain!
Sampai sekarang, tiada siapa yang lupa apa yang Lin Yuan katakan sebelum ini. Dia kata dia tidak akan ambil bahagian walau apa pun yang mereka jumpa dalam Hutan Tiada Kembali dan biar mereka semua mengambilnya.
Di mana lagi mereka hendak cari Ketua Kota yang tidak pentingkan diri dan ada jujur seperti ini?
Namun, mereka tidak tahu ketika ini Lin Yuan sebenarnya sedang memaki hamun dalam hati.
'Tidak pentingkan diri dan jujur? Mengarut!'