Bagaimana agaknya rasa dimakan hidup-hidup? Sesiapa pun yang berada dalam situasi begitu pasti akan rasa mati itu jauh lebih baik.
Melihat tubuhnya dimakan sedikit demi sedikit, kesakitan yang pedih dan tajam membuatkan suara Lin Ruoxin sangat menyedihkan ketika dia meraung dan melolong seperti serigala! Lebih menyakitkan adalah bahagian tubuh yang hamster-hamster pencari emas ini makan tidak cukup untuk menyebabkan kematian…
Bagaimanapun, bagi hamster pencari emas yang sudah terbiasa makan ubat herba, makan manusia hidup ini sama seperti makan najis. Bukan sahaja ia menjijikkan, malah sangat busuk!
Menjelang pagi, tubuh Lin Ruoxin telah habis dimakan tanpa sedikit pun sisa dan hanya lopak darah merah yang segar ditanah menjadi bukti seksaan yang dia lalui malam semalam.
"Mari pergi." Yun Luofeng suruh Xiao Mo dan semua hamster pencari emas itu pulang ke Dunia Kod Dewa sementara dia dan Yun Xiao pula keluar.