Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 709 - Wilayah Tiada Kembali (2)

Chapter 709 - Wilayah Tiada Kembali (2)

"Apa kamu kata?"

'Xiao'er ada di sini?'

'Dia datang ke sini untuk cari saya?'

"Dulu masa saya pergi ke Benua Longxiao. Saya ada bantu seseorang di sana. Walaupun kedudukan orang itu tidak tinggi di benua itu, paling tidak, dia dapat melaporkan keadaan Xiao'er kepada saya selama ini dengan menggunakan alat pemancar bunyi. Baru-baru ini dia dapat berita yang Xiao'er dan anak menantu kita telah bertolak untuk datang ke sini. Berita yang dia laporkan tidak pernah salah."

Wanita berjubah merah itu terundur dua langkah dan dia menutup mulut menggunakan tangannya sambil air mata mengalir dari kedua matanya.

Dulu semasa dia tinggalkan keluarga Xiao, dia tidak menangis.

Masa perempuan jahat itu hantar pembunuh upahan untuk bunuh dia, membuatkan tercedera parah, dia tidak menangis.

Malah selepas datang ke Wilayah Tiada Kembali dan rasa segala macam jenis bahaya dan seksaan, dia tetap tidak menangis.

Tetapi kali ini, dia menangis!

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag