"Tuanku Puteri Keenam!"
Melihat tindakan puteri keenam itu, Jurulatih Agung tergamam dan menjerit dengan sangat terdesak, "Lepaskan Tuan Muda Yun! Tuanku boleh mati kalau Tuanku mahu, tetapi jangan timbulkan masalah buat Keluarga Diraja!"
"Saya tetap akan mati. Apa salahnya kalau saya penuhi impian saya yang sudah lama terpendam sebelum saya mati?" Puteri keenam itu menjeling ke arah Yun Xiao dan pandangan matanya menjadi lembut. "Saya mahu tidur satu malam dengan kamu. Asalkan kamu setuju, saya akan lepaskan anak kamu!"
Ketika ini, pandangan puteri keenam terlalu tertumpu pada Yun Xiao dan tidak perasan senyuman jahat pada bibir Xiao Mo.
"Kamu memang menempah maut!"
Yun Luo menghentam meja dan berdiri. Urat biru timbul pada pelipisnya dan dia menjerit marah, "Kalau kamu berani sentuh cicit saya, saya akan pastikan kamu mati terseksa!"