Suara dingin lelaki itu terdengar.
"Biarkan dia mati kalau itu yang dia mahu!"
Selain daripada Yun Luofeng, Yun Xiao tidak akan beri simpati kepada perempuan lain di dunia ini!
Jari puteri keenam itu menggeletar dan tangannya yang sudah sampai dilehernya juga menggigil. Walaupun dia sudah bertekad hendak membunuh diri, dia dapati sangat sukar untuk melakukannya. Dia tidak pernah menyangka lelaki ini akan begitu kejam terhadapnya!
"Haha," Puteri keenam itu ketawa, bunyi ketawanya kedengaran sangat sedih. "Sejak pertama kali saya lihat kamu, saya sudah jatuh cinta kepada kamu! Saya tidak minta banya, saya cuma mahu berada di samping kamu walaupun sebagai gundik ataupun pembantu. Saya sanggup buang segala maruah saya untuk kamu. Kenapa kamu masih melayan saya dengan begitu kejam?"
Yun Xiao memandang puteri keenam itu tanpa ekspresi. "Kamu mahu bunuh diri kamu sendiri? Atau mahu saya bantu?"