"Datuk." Melihat Yun Luo masih hendak menyambung, Yun Luofeng menjeling datuknya itu untuk menghentikannya, lalu menjeling tajam ke arah puteri keenam. "Biar saya tanya kamu, kalau Keluarga Yun cuma keluarga biasa tanpa ada kekuatan dan terpaksa bergantung kepada Keluarga Diraja. Apa yang kamu akan lakukan selepas jatuh cinta kepada Yun Xiao?"
"Saya…"
"Kamu akan minta Maharaja untuk keluarkan titah diraja, mengarahkan saya untuk serahkan Yun Xiao kepada kamu!"
Mata Yun Luofeng bersinar terang, seakan dapat membaca minta puteri keenam.
Puteri keenam jadi pucat dan matanya kelihatan cemas. Apa yang Yun Luofeng katakan itu benar!
Sekiranya Keluarga Yun tidak kuat, mungkin dia akan minta adiknya untuk terus arahkan Yun Xiao berkahwin dengannya! Bagi Yun Luofeng pula… dia akan cari lelaki lain untuknya.