Di dalam bilik, cahaya lilin berkerdip malap menerangi bilik itu, menyuluh lelaki tampan dan gadis cantik yang berdiri di depan jendela. Pemandangan dua orang ini berdiri beriringan persis pasangan kekasih dewa dewi memerhati dunia sambil berpegangan tangan.
"Yun Xiao…" gadis itu memanggil nama lelaki itu dengan lembut, tetapi sebaik sahaja nama itu disebut, lelaki itu tiba-tiba tunduk dan mencium bibirnya.
Ciuman lelaki itu sangat dominan dan aroma kelelakiannya bercampur dengan wangian pudar menerjah hidung Yun Luofeng dan membuat dia teruja.
Yun Luofeng mengecilkan matanya, menilai ciuman lelaki yang menciumnya itu dengan serius. Ini sudah kali ke sembilan lelaki itu memulakan ciuman dengannya dan Yun Luofeng sudah tidak lagi terperanjat tetapi sudah terbiasa. Namun, Yun Luofeng lebih suka menguasai lelaki itu daripada dikuasai olehnya…
"Bai Su sangat berbahaya," lelaki itu melepaskan gadis yang dia tekan ke dinding dan berkata dengan serius.