Melihat senyuman licik gadis itu, Yun Xiao tersentak seketika sebelum menjawab dengan jujur, "Saya terlewat datang beberapa hari sebab saya temui jejak orang itu."
Dia fikir Yun Luofeng marah dia kerana terlewat, jadi tanpa ditanya, dia terus menjelaskan dengan jujur.
"Orang itu?"
"Ibu saya…"
Walaupun Yun Xiao tidak pernah berkata apa-apa, Yun Luofeng tetap rasa yang Yun Xiao pasti masih ada rasa kecewa dalam hatinya terhadap ibunya. Dulu, selepas ibunya tinggalkan Keluarga Xiao, dia menghilang tanpa jejak dan tidak pernah cuba untuk mencari Yun Xiao, membiarkan Yun Xiao teruskan hidup seorang diri dalam Hutan Tiada Kembali. Walaupun pada asalnya dia merindui ibunya, selepas berulang kali berdepan dengan bahaya yang mampu meragut nyawanya, walaupun perasaan rindu yang teramat telah bertukar menjadi dendam.
Meskipun begitu, Yun Xiao masih ingin mencari ibunya dan bertanya kenapa dia tidak cari Yun Xiao selama ini…