Lelaki itu perlahan melangkah turun dari langit. Tubuhnya yang tinggi menyentuh tanah dan auranya membuatkan jantung semua orang berdebar, ia seakan terasa tekanan yang sangat hebat.
Lin Yating cepat-cepat tunduk dan tidak berani memandang lelaki itu lagi. Dia terasa seperti aura lelaki itu mampu mematahkan lehernya bila-bila masa sahaja. Orang lain juga berasa begitu dan ikut tunduk, langsung tidak kuat untuk mendongak.
"Maharaja Hantu, Tuan telah sampai." Hu Po menahan keterujaan dalam hatinya dan melangkah ke hadapan Yun Xiao. "Seperti yang guru saya arahkan, saya datang ke sini untuk sambut Tuan."
Pandangan Yun Xiao dingin seperti selalu. Mata hitamnya tidak memiliki apa-apa emosi. Di sebalik topengnya itu, sudut bibirnya melengkung, lalu dia melangkah ke dalam kota itu.
"Maharaja Hantu," suara merdu tiba-tiba terdengar dari dalam kerumunan itu.