Seolah-olah tidak mendengar ejekan orang-orang itu, Yun Luofeng perlahan berjalan ke arah pemuda itu dan memandang ke bawah ke arahnya.
"Kamu tahu hukuman yang kamu akan terima sebab berbohong kepada saya?"
Wajah pemuda itu terus berubah dan cahaya ganas berkilau pada matanya. "Tuan Tua Lan Hong sudah periksa tubuh saya dan telah membuktikan yang saya memang ada penyakit. Bagaimana kamu masih boleh berdegil yang saya berpura-pura?"
Penonton berbisik satu sama lain, mata mereka penuh dengan ejekan terhadap Yun Luofeng. "Perempuan ini memang tidak tahu malu! Adakah mahu Persatuan Tabib menipu dia? Dia cuma mahu meletakkan kesalahan pada orang lain supaya orang tidak tahu yang kebolehan perubatannya teruk!"
Tok Ketua Rong kelihatan agak gelisah dan terus-terus mengenyit mata kepada Yun Luofeng. Selepas itu, dia berdiri dan ketika dia hendak membela Yun Luofeng, tiba-tiba Yun Luofeng bergerak…
Bang!