Setelah keluar dari laman itu, Luo Fu kembali ke bilik bacaannya dan sebaik sahaja dia sampai dia berjalan ke kerusi, melibas jubahnya lalu duduk dengan marah.
"Gadis itu memang tidak melampau!"
"Guru," Lin Yating yang ikut di belakangnya berkata dengan senyuman anggun, "biar saya uruskan Yun Luofeng. Saya akan cuba buat dia patuh kepada kita."
Luo Fu mengeluh, "Gadis itu sangat degil dan saya rasa tidak mudah untuk kamu pujuk dia!"
"Bagi saya sedikit masa dan saya akan cuba lagi." Lin Yating kecilkan matanya dan keinginan membunuh berkilau pada matanya. "Kalau masih tidak berhasil, saya sendiri akan bunuh."
"Baiklah."
Luo Fu sangat serius dan matanya dingin. "Yating, dia sangat licik. Hati-hati, jangan sampai terjerat olehnya. Lagi satu, saya dengar Maharaja Hantu sudah dalam perjalanan ke sini dan akan sampai dalam lebih kurang tiga hari! Jadi, bersiap sedia! Jangan biarkan mana-mana perempuan mendekatinya apabila dia ada di sini."