Mendengar khabar itu, Murong Bei bergegas keluar. Melihat Yun Luofeng berdiri laman, dia hendak membuka mulut untuk mengatakan sesuatu, tetapi tekaknya terlalu kering sehingga dia tidak dapat berkata apa-apa.
Selepas beberapa ketika, dia bertenang lalu berkata dengan senyuman, "Ketua sudah balik?"
Yun Luofeng mengangguk. "Murong Bei, ikut saya. Saya hendak beritahu kamu sesuatu sebelum saya pergi."
"Baik, Ketua," kata Murong Bei dengan penuh hormat. "Ketua, apa kata kita pergi ke bilik pertapaan saya?"
Tidak berkata apa-apa, Yun Luofeng berjalan ke arah bilik pertapaan Murong Bei.
…
Bilik pertapaan Murong Bei dihias ringkas dengan hanya ada tikar di lantai. Murong Bei perasan Yun Luofeng bermuram, dia terus cari kerusi lalu meletakkannya di depan Yun Luofeng dan berkata mengampu, "Ketua, silakan duduk."
Yun Luofeng belai jubah putihnya dan duduk santai. Bertongkat dagu dan menjeling licik pada lelaki yang berdiri di hadapannya.