"Boneka ini serupa manusia tapi tiada akal. Mereka hanya tahu patuh dengan arahan, sama seperti mayat hidup! Tetapi saya tidak sangka kajian saya bocor dan menjadikan saya sasaran ramai orang-orang kuat!"
"Orang-orang mengarut itu cuba untuk merampas hasil kerja saya yang sudah siap daripada saya dengan alasan yang angkuh! Malah mereka berkata saya akan melakukan kejahatan dengan boneka-boneka ini, jadi mereka menegakkan keadilan bagi pihak Tuhan!"
"Bagi pihak Tuhan? Hahaha! Mereka tidak tahu yang saya tidak pernah takut kepada Tuhan? Kalau tahun mahu saya mati, maka saya akan bunuh dia terlebih dahulu! Saya tidak pernah percaya dengan Tuhan. Apa yang saya ialah mereka yang ikut saya akan berjaya dan mereka yang menentang saya akan binasa! Jadi saya bunuh orang-orang mengarut itu! Akhirnya, semua orang-orang kuat bersatu memburu saya dan mereka bersumpah mereka akan bunuh saya, seorang pendosa!"