Chapter 593 - Pertarungan (6)

Pertarungan sememangnya kejam!

Bagaimanapun, itu tidak bermakna Yun Luofeng hanya akan melihat orang-orangnya mati bertarung begitu sahaja! Walaupun akan ada yang terkorban dan tercedera, dia akan cuba sebaik mungkin untuk mengurangkannya!

"Guru, apa kegunaan herba ini?" Mata Lin Ruobai berkelip dan ragu-ragu bertanya.

"Kamu tidak perlu tahu. Berikannya kepada orang yang tercedera sahaja. Ini tugas kamu hari ini. Sekarang saya akan tidur sekejap, kejutkan saya bila pertarungan ini berakhir."

Setelah berkata begini, Yun Luofeng duduk di tempat yang aman, bersandar malas pada pokok di belakangnya lalu memejamkan matanya dan bertafakur. Semua orang terpegun dan orang-orang yang sedang bertarung pun terikut memandang ke arah Yun Luofeng.

Dia… tidur begitu sahaja?

Bagaimana dia boleh tidur dalam situasi begini?

Adakah dia malas… atau memang tidak berhati perut?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag