"Guru, ia bukan urusan saya."
Tanpa teragak-agak, Lin Ruobai meletakkan kesalahan pada Teh Susu. "Itu semua salah Teh Susu. Dia terlalu benci Tang Yue dan Tianyu dan hendak mengajar mereka, jadi dia buat dua orang itu bersetubuh. Saya cuma rakan subahat… Eh bukan, saya bukan rakan subahat. Saya cuma orang yang kebetulan lalu!"
"Squeak!"
Teh Susu tidak sangka Lin Ruobai begitu jahat dan menyalahkannya, jadi Teh Susu mendecit membangkang, muka kecilnya kelihatan agak sedih.
"Tidak kisah itu idea siapa, kamu jangan buat begitu lagi tanpa kebenaran saya!" Yun Luofeng menjeling budak perempuan dan hamster itu. "Kalau kamu mahu membuat kacau dengan orang-orang itu, saya mesti ada! Kalau tidak, kalau kamu jatuh ke tangan Pavilion Panglima Kayangan, saya terpaksa pergi ke sana untuk selamatkan kamu!"
Lin Ruobai buat muka serba salah. "Guru, saya tahu saya salah."