Melihat mata Yun Luofeng yang penuh keyakinan itu, Chen Yuqing rasa seperti jantungya telah diragut! Dia juga sudah hampir sedekad tidak rasa begini! Sepanjang hidupnya, dia jumpa terlalu ramai perempuan dan kebanyakannya suka berpaut pada lelaki. Hanya perempuan ini sahaja yang beritahu Chen Yuqing yang dia akan mendapatkan apa yang dia mahu dengan kekuatannya sendiri!
"Saya faham." Chen Yuqing tersenyum santai. "Kalau kamu perlukan bantuan saya, datang sahaja ke Keluarga Chen dan cari saya. Dalam Kota Huangquan, tiada siapa yang berani mengingkari saya."
Yun Luofeng memandang Chen Yuqing lalu mengangguk. "Cuma saya yang mampu selamatkan nyawa kamu. Kalau saya betul-betul perlukan pertolongan kamu, saya akan beritahu kamu! Mengenai Pergunungan Bi'an… saya boleh pergi ke sana dengan kekuatan saya sendiri."
Chen Yuqing tidak bahas tentang itu lagi, wajah kelihatan sangat menghargai. "Saya akan tunggu kamu di Keluarga Chen dua hari nanti."