"Ketua," Murong Bei terpegun dan berkata dengan muram, "Kalau Ketua ada hal lain, rawatan saya boleh ditangguhkan."
Pang Fei telah beritahu dia kenapa pembantu Keluarga Chen telah datang. Mendengar Ketua Keluarga Chen sendiri datang menjemput Yun Luofeng untuk meminta rawatan, Murong Bei berasa teruja.
Mungkin… Ketua memang benar mampu sembuhkan dia.
"Baiklah."
Yun Luofeng perlahan berpaling ke belakang dan berkata, "Saya hendak pergi jumpa Ketua Keluarga Chen."
Kemudian dia pergi tanpa menoleh ke belakang dan lenyap daripada pandangan mata Murong Bei…
…
Sebaik sahaja masuk ke dalam dewan, Yun Luofeng terlihat seorang lelaki disinari matahari senja! Rambut putihnya yang berkilau terang mengeluarkan aura umpama dewanya.
Mendengar bunyi di pintu, lelaki itu perlahan menoleh ke belakang lalu merenung gadis yang melangkah masuk ke dalam dewan itu, matanya mesra dan hangat bagaikan cahaya matahari.