Kamu menang?
Apa maksudnya berkata begitu? Adakah dia mengalah daripada membida?
Jika begitu, Tang Lin terpaksa…
Memikirkan kesan akibat yang serius itu, Tang Lin menggenggam penumbuknya, wajahnya sangat hodoh, "Yun Luofeng, kamu permainkan saya?" Baru sekarang Tang Lin sedar yang Yun Luofeng sebenarnya langsung tidak mahu bersaing untuk mendapatkan buku perubatan itu. Yun Luofeng hanya mempermainkan dia!
Tang Lin menyangka dia mampu jerat perempuan ini kali ini, tetapi rupa-rupanya dia sendiri yang terjerat sekali lagi.
"Saya sudah beritahu kamu yang saya tidak berminat dengan buku perubatan itu, tapi kamu tidak percayakan saya," kata Yun Luofeng sambil tertawa kecil, "Lagipun, kalau saya memang hendak membakar sesuatu untuk suka-suka, satu bilion tahil boleh terbakar lebih lama! Ia lebih berguna berbanding buku perubatan ini, tapi kamu terlalu dungu untuk tahu kebenaran semudah ini."