Chapter 548 - Tian Yu (1)

"Xiao Bai," Yun Luofeng berhenti seketika sebelum menyambung, "lelaki ini terlalu miang. Segai hukuman, jadikan dia sida-sida."

Mendengar ini, wajah lelaki berjanggut itu menjadi sangat pucat dalam sekelip mata. Dia cepat-cepat bangun dari tanah dan berundur. "Jangan datang ke sini, jika tidak…"

"Jika tidak apa?" gadis muda itu mengecilkan matanya dan tertawa kecil dengan nada jahat. "Kamu mahu menjerit meminta tolong? Jangan bimbang, walaupun kamu menjerit sehingga paru-paru kamu terkeluar, tiada siapa yang akan datang selamatkan kamu."

Melihat senyuman jahat pada wajah Yun Luofeng itu dan Lin Ruobai mendekatinya sambil menggosok tangannya, lelaki berjanggut itu akhirnya berasa cemas! Sebagai lelaki, jika dia benar-benar jadi seorang sida-sida, mana mungkin dia mampu teruskan hidup dengan bermaruah? Ketika inilah lelaki yang satu lagi itu tiba-tiba bercakap dari tepi. "Saya akan bawa kamu jumpa ketua kami."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS