Ning Yuan.
Tuan Ketua itu percaya kalau Ning Xin berkahwin dengan budak lelaki ini, dia tidak akan membuat Ning Xin menderita.
Namun…
Itu sebelum dia berjumpa dengan Yun Luofeng dan tahu genius yang sebenar!
Malangnya, Keluarga Yun terlalu lemah, jika tidak dia pasti akan kahwinkan Ning Xin dengan Yun Qingya! Tetapi Keluarga Yun tiada hak, jadi akhirnya dia lupakan idea itu. Anak perempuannya mesti ada angkatan yang kuat menyokong dari belakangnya! Ayah Ning Yuan adalah Tuan Tua dalam Keluarga Ning dan juga pertapa rohani peringkat-langit, jadi Ning Yuan memang layak kawin dengan Ning Xin.
Tetapi sekarang situasi sudah berbeza.
Ayah Ning Yuan telah lakukan kesilapan besar dan ayah Tuan Ketua tidak akan benarkan Ning Xin berkahwin dengan Ning Yuan lagi… jadi Tuan Ketua harus cari orang lain untuk Ning Xin.