Di dalam bilik tidur, tirai putih yang wangi beralun ditiup angin, menerusinya dapat dilihat dengan samar-samar seorang gadis cantik terbaring di atas katil.
Gadis itu pucat dan senyap, nafasnya sangat lemah seolah-olah tubuhnya akan hancur berkecai bila-bila masa sahaja.
Melihat wajah pucat gadis itu, Yun Qingya terasa seperti jantungnya berhenti berdegup, mata hitamnya sarat dengan rasa bersalah. Jika bukan disebabkan dia, Ning Xin tidak akan tercedera…
"Keadaannya tidak terlalu teruk."
Seakan dapat rasa perasaan bimbang dalam hati Yun Qingya, Yun Luofeng cuba senangkan hatinya.
Mendengat kata-kata Yun Luofeng, Yun Qingya terus berasa lega. Pada pendapatnya, kalau Yun Luofeng kata ia tidak teruk, maknanya Ning Xin masih dapat disembuhkan.
"Humph!"