Di luar laman, seorang gadis sedang berdiri, pakaian putihnya beralun di tiup angin, sangat cantik. Dia kelihatan sangat berkuasa, mata hitamnya berkilau dengan cahaya licik. Dengan gaya malas, dia cantik seperti lukisan, sangat menyejukkan mata.
Bagaimana pun…
Apabila gadis itu terlihat Keluarga Ning, dia kecilkan mata lalu cahaya jahat dan bahaya berkilau pada matanya.
Yun Qingya berdiri di samping Yun Luofeng, wajah tampannya tidak lagi pucat tetapi masih agak lemah kerana baru sembuh dari kecederaan yang parah. Matanya yang kelihatan sangat tenang. Dia kelihatan sangat bertekad.
Lin Ruobai juga berdiri di samping mereka kelihatanbingung, matanya berkelip dan berkilau dengan cahaya nakal.
"Adakah lelaki berjubah itu itu Tuan Tua Keempat?"
Yun Luofeng perasan hanya dengan sekali pandang wajah marah dan geram lelaki tua yang berada di belakang lelaki pertengahan usia itu, jadi Yun Luofeng dapat teka dia siapa.