Yun Luofeng tanya soalan ini dengan bersahaja. Lagipun, mana mungkin keluarga besar Keluarga Xiao akan terima orang bukan keturunan mereka?
Namun, setelah mendengar soalan Yun Luofeng itu, Lin Yue tersentak, ketakutan berkilau pada matanya. Dia cuba untuk menyembunyikan rasa takutnya dan ketawa seperti orang gila. "Hahaha! Xiao Yuqing memang anak kandung saya! Sekarang kamu takut? Anak saya sudah masuk Hutan Tiada Kembali dan dia pasti pulang dengan lebih kuat berbanding sampah ini. Pada masa itu, dia akan balas dendam untuk saya, hahaha!"
Ketika Lin Yue sedang ketawa, tiba-tiba dia pukul dadanya sendiri dan darah langsung terpercik ke tanah…
Yun Luofeng terpegun. Dia tidak sangka orang seperti Lin Yue akan bunuh diri. Adakah Lin Yue takut akan terlepas cakap? Atau Yun Luofeng telah buat dia terasa?
Jadi Xiao Yuqing bukan anak kandungnya?