Tubuh Lin Yue menggigil dan dia memandang Yun Luofeng yang sedang mendekatinya lalu wajahnya menunjukkan ketakutan.
"Apa yang kamu cuba lakukan?"
Lin Yue berundur dan menggigit bibirnya. Dia tidak berasa takut sehinggalah sekarang.
"Buat kamu rasa seksaan neraka."
Yun Luofeng tersenyum licik dan mendekat ke arah Lin Yue. BIbirnya tersenyum sedikit. "Saya tertanya-tanya adakah kamu mahu rasa Pil Penghancur Tulang?"
Lin Yue tersentak dan matanya terlihat kegerunan. Sebelum dia sempat berkata apa-apa, sebiji pil hitam dijentik dari tangan Yun Luofeng dan terbang ke dalam mulut Lin Yue.
Gulp!
Lin Yue tertelan pil itu lalu dia cepat-cepat mencekik lehernya sambil cuba untuk memuntahkannya semula. Akan tetapi, pil itu telah larut sebaik sahaja masuk ke dalam mulutnya lalu meresap ke dalam tubuhnya…