Bagi sampah seperti dia, jangan dikata hendak jadikan Ling Yao isterinya, sedangkan dia tidak layak untuk pandang Ling Yao.
Dalam Kediaman Xiao, Ling Yao terlihat lelaki tanpa perasaan itu berdiri di sebelah pokok dari jauh. Walaupun sudah bertahun lamanya, Ling Yao masih berasa kagum melihat penampilan lelaki itu.
Tuhan sememangnya adil. Setelah memberikan dia resam tubuh sampah, dia juga diberikan penampilan yang sangat tampan. Mukanya seperti karya Dewa, diukir sehingga sempurna! Dalam angin dingin yang bertiup lembut, dengan jubah hitamnya beralun di tiup angin, orang dapat lihat bentuk tubuhnya yang memikat di sebalik pakaiannya itu.
Ling Yao menelan liurnya. Betapa bagusnya kalau orang ini bukan sampah? Pastinya Ling Yao mahu berkahwin dengannya…
Memikirkan ini, Ling Yao tanpa sedar berasa menyesal dan dia mengetap giginya sebelum berjalan dengan langkah yang pantas ke arah lelaki yang berdiri berteduh di bawah pokok itu.