Lelaki itu merenung kosong untuk seketika lalu mengangguk perlahan. "Saya bagi dia minum air suci."
"Air suci apa?" Yun Luofeng menjeling lelaki itu. "Boleh kamu bawakan untuk saya lihat?"
Lelaki itu ragu-ragu seketika tetapi akhirnya dia keluarkan sebotol air suci berwarna putih suci.
Dai Li hendak menghentikan dia tetapi tidak sempat kerana dihalang oleh lelaki itu. Dai Li hanya mampu merenung marah pada Yun Luofeng, seolah-olah Yun Luofeng hendak mengambil air suci itu.
Yun Luofeng ambil air suci itu lalu matanya memandang ke bawah sambil bertanya kepada Xiao Mo menggunakan rohnya. "Xiao Mo, boleh kamu kenal pasti air suci ini?"
Tidak lama kemudian, suara Xiao Mo terdengar dalam minda Yun Luofeng. "Tuan, Pati Rohani ini bagus, cuma botol ini tidak bersih. Jika Tuan tapis pati di dalamnya, ia mampu meningkatkan kekuatan Tuan daripada peringkat-bumi tahap-rendah kepada tahap-sederhana."