Yun Luofeng berkata dengan senyuman, "Bukan sahaja dia beritahu saya yang kamu berdua bertunang, tetapi kamu juga ada token pertunangannya pada kamu. Betulkah?"
Yun Xiao memikirkannya lalu menggeleng kepalanya, "Saya tidak pernah dengar mengenainya. Dia ada beritahu kamu apa token pertunangan itu?"
"Loket jed dengan ukiran 'Ling'."
Yun Xiao diam, berkerut ketika dia cuba untuk ingat. Namun, dia tidak dapat ingat rupa loket jed itu. "Saya tiada loket jed seperti yang dia cakap."
Ketika dia tinggalkan Keluarga Xiao, dia tidak bawa apa-apa bersamanya, apatah lagi loket jed. Jadi dia memang tidak memiliki loket jed yang Yun Luofeng katakan.
Yun Luofeng menjeling Yun Xiao. "Ketika kamu pergi, ibu kamu tiada beri kamu apa-apa?"
"Tiada." Yun Xiao menjawab tegas, mata hitamnya penuh dengan kejujuran. "Percayalah, saya tiada hubungan begitu dengan dia."