Akhirnya dapat apa yang dia inginkan, Yun Luofeng berhenti menyeksa Ling Yao. Dia meletakkan cemetinya lalu menyeringai, "Baiklah, saya akan tunggu kedatangan kamu." Setelah berkata begitu, dia ketawa terbahak-bahak lalu berpaling dan pergi.
Setelah Yun Luofeng pergi, Xiao Jing mengheret tubuhnya sendiri ke arah Ling Yao lalu memberikan pakaiannya kepada Ling Yao. "Ling Yao, Keluarga Bai ini terlalu berlagak! Kita memang patut ajar mereka!"
Ling Yao merenung ke arah di mana Yun Luofeng pergi sambil mengetap giginya, matanya kejam dan tajam seperti pisau. "Saya bersumpah saya akan balas dendam! Dia akan rasa sesuatu yang beribu kali ganda lebih teruk daripada apa yang saya rasa hari ini!" Walaupun Keluarga Bai ada Bai Su, jadi apa? Dia tidak akan mudah memaafkan orang yang buli dia.
Xiao Jing," Ling Yao cuba berdiri, matanya sayu. "Saya tidak mahu sesiapa tahu apa yang berlaku kepada saya hari ini."