Orang tua itu menahan nafasnya. Wajahnya kelihatan sangat teruja. Sambil dia menggosok-gosok tangannya, dia bertanya dengan senyuman, "Cucuku, adakah Cecair Pembersih Inti Sari akan memberi kesan begitu? Kalau begitu, Datuk akan tinggal di sini mulai sekarang dan mandi dengannya setiap hari."
Dia merenung Cecair Pembersih Inti Sari, seolah-olah sedang memandang wanita jelita. Matanya penuh keinginan seperti dia hendak membogelkan wanita itu.
Tidak dapat berkata apa-apa, Yun Qingya berharap dia tidak pernah kenal orang tua ini. Dia tidak pernah seorang tua memandang kolam air dengan begitu miang. Sangat memalukan.
"Sebenarnya…" Yun Luofeng berfikir seketika lalu tersenyum. "Datuk boleh datang ke sini dan mandi dalam Cecair Pembersih Inti Sari ini kalau mahu. Walau bagaimanapun, Datuk bukannya muda lagi dan Cecair Pembersih Inti Sari tidak begitu berkesan untuk Datuk. Jadi saya telah sediakan satu lagi hadiah."