Dalam masa sebulan, dia berubah dari seorang yang dianggap sampah kepada pertapa rohani peringkat-awal tahap-tinggi? Mencecah pencapaian yang orang lain perlukan masa setahun?
Bagaimana seseorang yang berbakat seperti ini tidak mengagumkan orang lain?
"Seingat saya, Mu Wushuang dari Keluarga Mu mengambil masa dua tahun untuk berevolusi ke peringkat-rendah tahap-sederhana! Tapi bakat begini sudah dipuji-puji oleh orang-orang dungu di Longyuan." Tok Ketua Rong menggelengkan kepalanya ketika dia berkata dengan senyuman paksa. "Kalau cerita tentang bakat kamu tersebar, di mana lagi Mu Wushuang mahu meletakkan mukanya? Kamu memang tidak mahu menyingkirkan reputasi kamu sebagai sampah dan menjatuhkan air muka Mu Wushuang lagi?"