Setelah dia meninggalkan tapak latihan bawah tanah itu, Qingyan datang memberitahunya Tok Ketua Rong dari Pavilion Perubatan datang membawa pesakit untuk dirawat! Ketika menyampaikan berita itu, wajah Qingyan berseri penuh rasa teruja, seolah-olah dia yang Tok Ketua Rong panggil Tabib Dewa.
"Cik memang hebat, orang dari Pavilion Perubatan pun datang mencari Cik untuk merawat penyakit, hamba pembantu ini sangat bangga!"
Yun Luofeng memandang pipi merah gadis kecil itu lalu mengusik, "Apa yang kamu banggakan?"
"Sudah tentu, hamba ini bangga sebab menjadi pembantu Tabib Dewa. Cik, masa susah Cik akhirnya tamat, dan masa senang baru sahaja bermula. Nasib baik Baginda Putera Mahkota berpisah dengan Cik, jika tidak, berdasarkan statusnya, dia mungkin bukan pasangan yang baik untuk Cik." kata Qingyan dengan sangat marah. Sebaik sahaja dia teringat semua yang Gao Ling telah lakukan terhadap Yun Luofeng, dia meradang dan mengamuk sambil mengetap giginya.