Yun Luofeng menaikkan keningnya sedikit, pandangannya teralih pada orang yang bercakap itu.
Seorang pemuda tampan dengan kening halusnya sedang berkerut kerana tidak puas hati. Mungkin keranasudah berada di dalam bilik batu tanpa cahaya matahari selama beberapa hari ini, pipinya putih sehingga hampir menjadi kelihatan pucat. Jelas sekali dia masih muda, tetapi matanya menunjukkan seolah-olah dia ada banyak pengalaman hidup.
"Siapa nama kamu?" Yun Luofeng memandang pemuda tampan itu lalu bertanya.
Pemuda tampan itu tidak menyangka Yun Luofeng akan memberikan dia perhatian begitu cepat, jadi dia terpegun seketika. Matanya meliar ketika dia berkata, "Yi Ling! Nama saya Yi Ling!"
"Saya mahukan nama sebenar kamu! Beritahu saya, apa nama kamu?" Yun Luofeng memeluk tubuh, tapi nada suaranya tidak menunjukkan sedikit pun kejengkelan.
Pemuda itu tersentak, biji matanya terus liar ketika dia menegaskan, "Nama sebenar saya Yi Ling!"