Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 81 - Jing Lin Dibelasah (3)

Chapter 81 - Jing Lin Dibelasah (3)

Lelaki itu tidak berkata apa-apa dan mendekati Jing Lin dengan senyap. Tangannya yang besar mengangkat lelaki tua yang sedang terbaring di lantai, ibarat mengangkat anak ayam, dan mencampaknya dengan kejam ke tepi!

Bang!

Badan lelaki tua itu terhempap ke pintu, tekaknya terasa manis, lalu darah segar tersembur dari mulutnya. Riak wajahnya nampak meradang..

"Yun Luofeng!" dia mengaum dengan ganas sekali, merenung tajam ke arah Yun Luofeng dengan pandangan yang kejam.

Ketika itu terdengar suara seseorang memecah suasana tegang itu.

"Tok Ketua Rong tidak akan berjumpa dengan mana-mana pelawat hari ini, jadi..."

Lin Xiao baru hendak membuat semua orang di situ pergi ketika dia terlihat Yun Luofeng berdiri di celah-celah orang ramai itu lalu terkejut.

Jing Lin tidak sedar akan kejanggalan itu lalu bangun dari tanah, tangannya mengusap dadanya yang tercedera dan riak mukanya sungguh hodoh. "Penjaga Kedai Lin, seseorang telah membuat masalah di Pavilion Perubatan, adakah kamu akan membiarkannya sahaja?"

Lin Xiao mengerutkan keningnya, tanpa disedari dia memandang Yun Luofeng yang sedang berpeluk tubuh.

Wajah Yun Luofeng sangat sukar difahami ketika dia merenung Lin Xiao dengan mata yang tersenyum nakal.

Lin Xiao tertawa pahit. Sudah jelas Tok Ketua Rong akan berpihak kepada Cik Yun. Walaupun mereka perlu melepaskan Keluarga Diraja, mereka masih perlu menjaga keselamatan Yun Luofeng! Namun dia langsung tidak dapat menaksir perangai Cik Yun. Bagaimana jika dia tidak ingin mendedahkan kebolehan perubatannya yang hebat, dan Lin Xiao pula mendedahkan identitinya? Dia takut akan menyebabkan Cik Yun marah.

Agak mengesalkan yang Lin Xiao tidak tahu kebolehan perubatan Yun Luofeng sudah terdedah semalam...

"Pavilion Perubatan akan menguruskan hal ini sendiri."

Lin Xiao semakin ketat mengerutkan keningnya. Apa yang dia mahu lakukan sekarang cuma membuatkan Jing Lin pergi. Tentang hal yang lain pula, itu bukanlah sesuatu yang dia boleh persoalkan.

"Sudah tentu saya percaya dengan kebolehan Pavilion Perubatan." Apabila Jing Lin mendengar kata-kata Lin Xiao, dia menyangka Pavilion Perubatan akan memberikan keadilan kepadanya, dan penampilannya yang sudah berusia menunjukkan kegembiraan. "Tetapi Yun Luofeng bukan sahaja berlagak dan angkuh, dia juga sangat licik. Saya takut Pavilion Perubatan akan diperdaya olehnya tanpa disedari. Seperti semalam, dia mengupah seorang tua untuk berpura-pura sakit dan kemudian menawarkan untuk menyelamatkan orang tua itu. Hasilnya, semua orang percaya dia mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang perubatan, walaupun sebenarnya dia tetap seorang yang tidak berguna!"

Yun Luofeng tersenyum sinis. Dia tidak menyangka Jing Lin akan membuat alasan seperti lelaki tua itu berpura-pura sakit hanya untuk meyakinkan dirinya sendiri yang Yun Luofeng tidak mampu merawat orang tua itu!

"Lin Xiao!" Suara tua muncul dari belakang Lin Xiao.

Tirai dewan dalam itu terbuka, lalu dua orang lelaki tua keluar dari situ.

Salah seorang daripada mereka memakai jubah putih, dengan penampilan seperti dewa dan berperawakan seorang pakar. Dan yang seorang lagi memakai jubah biru kehijauan, wajahnya yang berusia menunjukkan yang dia sedang sakit. Seorang gadis muda yang cantik menemani rapat di sisinya. Gadis itu menyokong lelaki tua itu dengan tangannya bagi membantunya keluar perlahan-lahan.

"Tok Ketua Rong, Tuan Tua Ning."

Lin Xiao berpusing untuk menghadap dua orang tua itu, dengan penuh hormat memberikan tabik genggam.

"Hmph! Saya tidak tahu siapa yang berani membuat masalah di Pavilion Perubatan ini! Lekas berambus!" Perangai Tok Ketua Rong mudah berubah mengikut anginnya. Dia memandang semua orang di dalam dewan utama itu dan akhirnya pandangannya terhenti pada Jing Lin.

Jelas sekali Jing Lin tidak sedar orang yang dimaksudkan Tok Ketua Rong itu ialah dia. Malah dia menyangka orang itu memaki Yun Luofeng. Matanya kelihatan seronok lalu dia memekik pada Yun Luofeng, "Yun Luofeng, tidakkah kamu dengar kata-kata Tok Ketua Rong? Lenyapkan diri kamu dari tempat ini sekarang! Pavilion Perubatan tidak akan mengalu-alukan orang yang angkuh seperti kamu!"

Related Books

Popular novel hashtag