Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 73 - Benar-Benar Menerima Tamparan (5)

Chapter 73 - Benar-Benar Menerima Tamparan (5)

Hati Gao Ling pedih. "Wushuang, jangan bimbang, penghinaan terhadap kita hari ini, kelak Beta akan balas seratus kali ganda."

Mu Wushuang tersenyum, senyuman yang mengandungi kesedihan dan kesakitan. Ini membuatkan hati Gao Ling menjadi lebih pedih. Kebencian di dalam hatinya terhadap Yun Luofeng semakin dalam.

Pak!

Gao Ling mengangkat tangannya yang menggigil, satu tamparan lembut mendarat pada pipi Mu Wushuang. Tamparan ini hanya seperti menyapu habuk, langsung tiada kekuatan.

"Jika kamu menamparnya begitu, saya rasa kamu tidak akan berhenti sepanjang malam," Yun Luofeng mengingatkan Gao Ling.

Mendengar kata-kata Yun Luofeng, Mu Wushuang memuncungkan bibirnya. "Tuanku Putera Mahkota, jangan kasihani patik. Patik tidak takut akan kesakitan juga penghinaan."

Hati Gao Ling bergetar. Apabila berdepan dengan kecantikan ini, dia tidak sanggup untuk memukulnya.

"Wushuang, maaf."

Gao Ling memejamkan matanya. Ketika dia membuka matanya, rasa bersalahnya semakin jelas kelihatan. Dia mengangkat tangan, lalu menampar Mu Wushuang dengan sangat kuat.

Pak!

Bunyi yang jelas dan kuat bergema. Ia sesuatu yang tidak dijangka dalam kabin yang senyap itu.

Pipi Mu Wushuang menjadi merah dan bengkak serta merta. Dia berasa sangat sakit sehingga matanya berkaca tetapi dia dengan degilnya menahan air matanya.

Sebagai anak perempuan dari Kediaman Perdana Menteri, walau sehelai rambutnya tidak pernah disakiti, apatah lagi ditampar oleh orang lain. Dan sekarang, disebabkan oleh Yun Luofeng, dia sangat terseksa dengan penghinaan di khalayak ramai ini. Dia pasti tidak akan melupakan hutang ini!

Sebenarnya, Mu Wushuang tidak memikirkan perkara ini dengan lebih mendalam. Jika Putera Mahkota mencintainya, walaupun dia dianggap bangsat yang memungkiri janji, Tuanku pasti tidak akan menyakitinya walau sedikit! Tapi akhirnya, Putera Mahkota telah memilih dirinya sendiri!

Pak!

Pak pak pak!

Tamparan Gao Ling mengenai muka Mu Wushuang satu demi satu. Tamparan itu dirasakan turut membelasah hati Gao Ling juga dan membuatkan hatinya turut berasa sakit. Tapi apabila dia memikirkan reputasinya, dia terus menampar Mu Wushuang tanpa belas kasihan.

"Pertunjukan hari ini sangat menakjubkan," Gao Saochen tersenyum, wajahnya yang lembut dihiasi senyuman nakal. "Yun Luofeng, jika kita berada dalam keadaan yang sama, Beta tidak akan memukul kamu walaupun Beta harus memungkiri janji."

Yun Luofeng memeluk tubuhnya, bersandar pada pintu kabin. Mendengar ayat Gao Saochen tadi, dia hanya mengangkat kening dan tersenyum. "Adakah kita saling mengenali?"

"Oh," Gao Saochen membelai dagunya, matanya yang licik mengenyit pada Yun Luofeng, "jika kita pergi meluangkan masa bersama, tidakkah kita akan saling mengenali? Apa kata kamu datang ke Kediaman Putera Keempat esok, jadi kita boleh ke bilik tidur dan 'saling mengenali'?

"Dari pintu masuk Kediaman Putera, belok kanan dan masuk ke satu lorong. Kamu akan lihat rumah pelacuran yang paling terkenal di Long Yuan. Jika kamu ke sana, kamu boleh 'saling mengenali' sesiapa sahaja." Yun Luofeng melontarkan jelingan yang tegas ke arah Gao Saochen. Dia tidak menyangka lelaki yang lembut bak jed di luarannya ini begitu suka menggoda.

Jika dibandingkan, dia jauh lebih berminat terhadap Yun Xiao, yang masih belum cukup latihan...

Gao Saochen tersenyum licik. "Wanita-wanita itu terlalu muda, mudah untuk 'berkenalan' dengan mereka. Ini membuatkan Beta hilang minat. Mereka tidak mengghairahkan Beta seperti kamu, Luofeng. Taraf mereka terlalu rendah jika dibandingkan dengan betapa sukarnya untuk mengenali seseorang seperti kamu."

"Boleh tahan," Yun Luofeng mengangguk setuju. "Apa yang kamu katakan itu benar. Seseorang yang 'mudah dikenali' langsung tidak menarik jika dibandingkan dengan seseorang yang sukar didekati. Bagi saya, Putera Keempat ini terlalu 'mudah dikenali'."

Akhirnya wajah Gao Saochen kaku, menyedari yang dia baru sahaja menggali lubang untuk menanam dirinya sendiri...

Sudah tidak terkira berapa kali Gao Ling menampar Mu Wushuang. Sekarang kedua-dua belah pipi Mu Wushuang bengkak dan kemerah-merahan. Dia tidak lagi memiliki kecantikan dan penampilan yang anggun. Matanya yang cantik menahan air mata yang bercucuran dan dia kelihatan lemah dan menyedihkan.