Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 74 - Benar-Benar Menerima Tamparan (6)

Chapter 74 - Benar-Benar Menerima Tamparan (6)

Sudah terlalu banyak kali Gao Ling menampar Wushuang sehingga tangannya sudah tidak merasakan apa-apa, hatinya juga sama sakit sehingga hampir kebas. Tapi tiada siapa tahu ribut yang sedang melanda di dalam hatinya...

Melihat wajah Gao Ling perlahan-lahan menjadi semakin tidak berperasaan, hati Mu Wushuang meledak dengan kegembiraan, sehingga terlupa sejenak akan kesakitan pada mukanya.

Dia tahu ketika itu dia telah memenangi pertaruhan itu.

Seperti Gao Ling, Mu Wushuang juga sama mementingkan diri sendiri. Apa membuatkan dia sayang pada Gao Ling ialah statusnya! Jika begitu, bagaimana Gao Ling boleh menjadi lebih penting dari dirinya sendiri di dalam hatinya?

Dia memilih untuk menerima tamparan itu kerana dia sedang bertaruh!

Yun Luofeng mendedahkan kebolehan perubatannya yang pastinya akan menarik perhatian Gao Ling, tapi mana mungkin Mu Wushuang akan membiarkan sahaja Gao Ling menyukai wanita lain? Oleh itu, dia membenarkan Gao Ling menamparnya. Bukan sahaja ini akan membuat Gao Ling menyimpan dendam yang besar terhadap Yun Luofeng, tapi yang lebih penting sekali, ini akan menimbulkan rasa bersalah dalam hati Gao Ling.

Dia percaya selepas kejadian ini, bukan sahaja Gao Ling akan lebih mencintainya, malah juga akan menambahkan lagi kebenciannya terhadap Yun Luofeng...

"Sudah agak lewat, jika saya tidak pulang sekarang, pasti orang tua itu akan datang menjemput saya." Yun Luofeng tersenyum, menjeling muka Mu Wushuang, yang sudah bengkak teruk. "Mu Wushuang, pulanglah dan beritahu Mu Xingchou, semua hutang lampaunya dengan Keluarga Yun, saya akan balas balik."

Permusuhan di antara Keluarga Yun dan Keluarga Mu bukan lagi satu rahsia di seluruh Kerajaan Long Yuan. Setelah mendengar kata-kata Yun Luofeng, semua orang tidak henti-henti mengeluh.

Walau bagaimanapun, Yun Luo tidak memiliki keberanian cucunya untuk mengumumkan kata-kata itu kepada khayalak ramai.

"Cik Yun," Ning Xin yang melihat Yun Luofeng hendak berlalu pergi, segera memanggilnya untuk menghentikan langkahnya. "oleh kerana kamu selamatkan datuk saya, saya ingin belanja kamu makan. Bagaimana?"

Yun Luofeng membelakangkan Ning Xin dan dia mengangkat bahunya. "Saya patut pulang untuk menceritakan kejadian hari ini kepada orang tua itu dan kemudian menyenangkan hatinya. Maaf saya tidak dapat menerima jemputan kamu."

"Bagaimana dengan esok?" Ning Xin mengelip-ngelipkan matanya. "Kamu ada masa?"

Yun Luofeng memikirkannya sebentar lalu mengangguk, "Kamu boleh tunggu saya di rumah penginapan Long Yuan. Saya sendiri akan datang cari kamu esok."

Dengan itu, Yun Luofeng melambai selamat tinggal kepada orang-orang di belakangnya, berjalan perlahan turun dari kapal itu dan perlahan-lahan ditelan kegelapan malam...

Gao Saochen mengecilkan matanya, merenung penuh perasaan ke arah di mana Yun Luofeng pergi, mencemuh, "Bagaimana keras pun tulang itu, akan ada hari ia menjadi lembut. Yun Luofeng, Beta yakin akan mampu melembutkan hati kamu."

Di bawah langit malam, Kediaman Jeneral begitu tenang dan damai. Seorang lelaki berdiri di bawah langit gelap itu, rambutnya yang sehitam dakwat ditiup bayu. Pakaian hitamnya menampakkan lagi bentuk tubuhnya yang tinggi, segak, kuat dan tegap. Rupanya sangat dingin tanpa tandingan, begitu sempurna sehingga mampu membuatkan dewa juga cemburu.

Lelaki itu sedang memegang sebuah buku berwarna kuning. Keningnya yang tajam seperti pedang berkerut ketat, dan terdapat kesan sakit hati pada wajahnya.

Ketika Lin Qiong membawakan buku Chungong Tu kepadanya, dia berpesan kepada Yun Xiao jika Tuannya ingin mempelajari ilustrasi dalam buku kuning ini, baik dia lakukan dengan Yun Luofeng. Jika tidak, Yun Xiao tidak mungkin akan dapat memahami gambar-gambar itu sepenuhnya.

Oleh kerana itu, lelaki itu masih belum membuka buku kuning di tangannya itu hingga sekarang.

Ketika lelaki itu masih tidak pasti sama ada dia patut buka buku itu ataupun tidak, suara yang ceria terdengar dari halaman utama. Walaupun suara itu datang dari jauh, dia masih mampu mendengarnya...

"Tuan Jeneral, Cik dah kembali, Cik Sulung dah pulang!"

Dia dah pulang?

Setelah lelaki itu mendengar suara hamba suruhan Qingyan yang lantang,matanya yang dingin berkilau dengan cahaya samar-samar...

Related Books

Popular novel hashtag