Keesokan harinya, awal pagi.
Apabila Yun Luofeng membuka mata, Qing Yan sudah sedia menunggu di dalam biliknya. Selepas melihat Yun Luofeng sudah bangun, Qing Yan terus bercakap dan nada suaranya agak teruja. "Cik sudah tahu? Gao Ling yang Cik kurung lebih setahun lalu, sekarang dalam keadaan nazak. Mungkin dia cuma akan dapat bertahan sejam atau dua jam lagi."
Satu tahun lalu, Yun Luofeng tidak terus bunuh Gao Ling. Sebaliknya dia kurung Gao Ling di laman belakang untuk diseksa. Selama ini Gao Ling hidup dalam keadaan dia sendiri ingin mati, akhirnya kini dia tidak tahan lagi. Sekarang Qing Yan mendapat laporan yang kecederaan Gao Ling sudah dirawat, tetapi dia tetap akan mati. Oleh itu, Qing Yan bergegas ke bilik Yun Luofeng untuk melaporkan hal ini.