Sekarang nampaknya 50 juta tahil itu tidak mahal sangat!
Tadi dia kata dia cuma merawat Mu Shen kerana dia berkenan sahaja? Jika itu orang lain, Yun Luofeng tidak akan sudi merawatnya walaupun diberikan 100 juta tahil.
Dalam Dunia Kod Dewa, selepas mendengar ayat tidak tahu malu tuannya, Xiao Mo hanya mampu menjelingkan matanya sahaja.
Tipu, tipulah semahu kamu! Penyakit seperti ini sebenarnya sangat mudah bagi Yun Luofeng! Akhirnya, tidak cukup dengan menipu Mu Shen sebanyak 50 juta, tapi dia juga membuat orang itu merasa terhutang budi kepadanya!
"Tabib Dewa," kening Mu Shen berkerut kerana malu, "Saya boleh menghantar 5 juta sebentar lagi tapi untuk baki 45 juta itu, boleh berikan saya lebih masa?"
Yun Luofeng mengangguk, "Apabila kamu sudah cukup duit, barulah saya akan memulakan rawatan kamu! Satu lagi, jangan beritahu sesiapa saya merawat kamu. Saya tidak suka hal ini jadi rumit. Jika orang lain dapat tahu mengenainya, jangan cari saya walaupun kamu sakit tenat. Saya tidak merawat orang biasa-biasa."
Mu Shen berasa tersentuh, ledakan kegembiraan tercetus dari dasar hatinya.
Yun Luofeng kata dia tidak merawat orang biasa-biasa. Dalam erti kata lain, Mu Shen bukan orang biasa-biasa! Mengenali tabib dewa seperti ini, hidupnya kini lebih terjaga.
"Tabib Dewa, saya faham. Patutlah ramai orang memanggil kamu sampah selama ini. Oh tidak, Tabib Dewa, bukan saya mengatakan kamu sampah, itu mereka! Saya memang dari dulu tahu kamu ni genius rahsia." Seluruh wajah Mu Shen menunjukkan dia sedang mengampu. "Kamu tidak menyukai masalah dan tidak merawat orang sembarangan, jadi kamu sembunyikan kepakaran perubatan kamu, bukan? Yakinlah, saya tidak akan memberitahu sesiapa tentang kebolehan kamu."
Walaupun Yun Luofeng tidak memberikan dia amaran, dia tetap akan berhati-hati bercerita tentang hal ini. Jika tidak, kebenaran mengenai dia mati pucuk akan terbongkar.
"Bagus, kamu boleh pergi, Hantarkan pendahuluan 5 juta tahil dalam satu
Swish!
Sebaik sahaja Yun Luofeng habis bercakap, Mu Shen sudah pun meninggalkan tempat itu. Dia takut tidak akan sempat, dan Yun Luofeng tidak akan merawatnya kerana marah.
"Jadi rupanya begini mudah untuk mendapatkan wang bagi seorang tabib."
Yun Luofeng mengusap dagunya, dan senyuman pada wajah cantiknya menjadi semakin jahat.
"Memang sangat mudah. Bahan yang diperlukan tidak sampai 10 ribu tahil pun, dan Tuan berjaya menipu 50 juta tahil. Tambahan lagi, Tuan menipu 50 juta darinya, dan dia masih sangat bersyukur kepada Tuan. Jadi, Mu Shen ini benar-benar dungu?" Xiao Mo sangat terkejut. Dia mungkin tidak pernah membayangkan Tuannya seorang penipu besar.
"Dia dari Keluarga Mu, jika saya tak tipu dia, siapa lagi?"
Yun Luofeng mengukir senyuman, dan matanya memandang ke bawah. "Baiklah, saya akan menghabiskan mandian perubatan terakhir ini dengan segera. Mulai esok,dengan rasminya boleh memulakan perjalan bertapa pula. Apabila tiba masanya, saya akan memberikan pengajaran kepada semua yang menyakiti Keluarga Yun!"
Hutang darah harus dibayar dengan darah
Walaupun ibu bapa Yun Luofeng tidak mati di tangan Perdana Menteri Mu, tapi kematian mereka masih ada kaitan dengan Perdana Menteri Mu! Tambahan lagi, memandangkan maharaja anjing itu memihak dan melindungi keluarga Mu, akan tiba hari di mana Yun Luofeng membuat dinasti ini menukar namanya!
"Tuan, saya percaya hari itu akan tiba tak lama lagi."
Nada suara Xiao Mo penuh dengan keyakinan dan mendedahkan kepercayaan penuhnya terhadap gadis itu. Dengan perlahan, kata-kata itu bergema di dalam minda gadis itu, membuatkan hatinya dilimpahi keyakinan juga...