Ketika itu waktu masih pagi lagi dan jalan utama di Ibu Negara Diraja Negara Yan dipenuhi orang ramai yang sedang lalu-lalang. Dari celah-celah kerumunan orang ramai yang sedang bersesak-sesak itu, kedengaran satu jeritan yang nyaring. Jeritan itu membelah keheningan pagi dan membuatkan orang ramai dari pelbagai arah tercari-cari punca bunyi tersebut.
Mereka terlihat seorang pemuda malang yang berwajah pucat sedang meraung sambil berlari di celah-celah orang ramai.
Pemuda itu kedengaran merayu-rayu tanpa henti. Ini membuatkan orang ramai di jalan itu terkaku kerana terkejut.
Berdasarkan pakaian pemuda itu, nampaknya dia adalah peserta Kejohanan Pertempuran Roh. Semua orang tertanya-tanya kenapa pemuda itu muncul di sini sambil menjeritkan kata-kata yang mengejutkan ke telinga semua orang di jalan utama tersebut.
Setiap tahun, Kejohanan Pertempuran Roh yang megah itu sering menarik perhatian penduduk Ibu Negara Diraja. Mereka ada mendengar cerita tentang insiden yang berlaku pada kejohanan kali ini.
Dalam usaha melindungi seorang pelajar Akademi Zephyr, Yang Mulia Putera Mahkota secara diam-diam telah memaksa beberapa orang pelajar akademi lain menarik daripada kejohanan. Khabar angin ini sudah tersebar ke seluruh ceruk Ibu Negara Diraja.
Tetapi kata-kata pemuda ini… tiba-tiba menimbulkan perasaan syak di dalam hati mereka yang berada di situ.
Sewaktu lelaki yang mengejar Zhao Xun itu terlihat dia berlari ke celah-celah kerumunan ramai dan menjerit sambil bercakap yang bukan-bukan tanpa henti, lelaki tersebut mula kelihatan marah. Lelaki berjubah hitam di belakangnya pula hampir pengsan akibat terlalu berang mendengarkan apa yang Zhao Xun jeritkan!
[Apa yang budah bodoh tak guna tu cakap!]
"Tutup mulut dia sekarang! Jangan bagi dia bercakap sepatah pun lagi!" Muka lelaki berjubah hitam itu kelihatan marah! Dia tidak pernah terbayang keadaan akan berlaku di luar kawalan dengan berlakunya pelbagai kejadian yang tidak dijangka, satu demi satu. Kerumunan ramai di jalan utama itu penuh sesak dan suara Zhao Xun pula kuat dan nyaring. Kini setelah kata-kata itu didengari oleh ramai orang, apa pula akibatnya nanti!?
Beberapa orang lelaki terus menerkam Zhao Xun di tengah-tengah jalan itu. Mereka memegang pisau-pisau belati yang bertujuan untuk membuatkan Zhao Xun menutup mulutnya secapt mungkin.
Tetapi entah mengapa, pemuda yang kelihatan menggelabah dan panik itu begitu sukar ditangkap seperti belut. Dia menyusup di celah-celah orang ramai di jalan itu, susuk tubuhnya bergerak lincah. Mereka yang mengejarnya langsung tidak berpeluang untuk mendekatinya. Sepanjang masa itu juga, mulutnya berterusan meluahkan kata-kata yang memburukkan mereka!
Dalam masa hanya sepuluh minit, susuk tubuh Zhao Xun sudah pun hilang ditelan lautan manusia. Mereka yang mengejarnya pula menjadi kecewa. Masing-masing tidak ada pilihan selain kembali dengan perasaan berang dan malu.
Tetapi banyak mata di jalan utama telah kejadian kejar-mengejar yang tidak berbelas kasihan itu tadi. Kata-kata yang Zhao Xun jeritkan sambil dia melarikan diri itu juga telah menyebabkan satu andaian terbentuk dan tersebar luas.
Spekulasi itu sampai ke telinga orang ramai yang berada di daerah pertempuran pertama. Pelbagai teori konspirasi mula meletus setelah sesi pertempuran bagi hari itu tamat!
Pemuda yang menyaksikan lawan-lawannya menarik diri, akhirnya dapat bertempur hari ini. Dengan satu pertempuran itu sahaja, dia telah mempamerkan kuasa yang menakjubkan dan sukar dipercayai. Dia berada di tahap roh hijau!
Kuasa Jun Xie yang begitu kuat itu telah menyebabkan orang-orang yang suka menyibuk mula memikirkan betapa anehnya situasi yang berlaku. Dengan kuasa sehebat ini, Jun Xie tak perlu pun menggunakan tipu helah dan manipulasi!
Ketika mereka sedang bingung dengan kejadian terkini ini, satu lagi berita telah tersebar dengan meluas.
Pada pagi hari yang sama, orang ramai terlihat seorang pemuda yang berpakaian seragam Akademi Hua Wan dikejar oleh pembunuh di jalan utama Ibu Negara Diraja! Pemuda yang dikejar itu pula menjerit dan merayu sepanjang masa! Kata-kata rayuannya memberitahu orang ramai tentang satu lagi berita penting!
Penarikan diri lawan-lawan Jun Xie sebelum ini bukanlah disebabkan oleh Putera Mahkota. Ada orang lain yang sengaja mengugut pesaing-pesaing Jun Xie dan memaksa mereka menarik diri, kemudian beban kesalahan itu diletakkan ke bahu Yang Mulia Putera Mahkota.
Setelah dua berita yang mengagumkan ini dihubungkan dan didengar bersama-sama, satu kesimpulan baru telah terdedah. Sekali lagi satu khabar angin tersebar ke seluruh pelusuk Ibu Negara Diraja, ibarat api yang marak ditiup angin kencang!