Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 79 - Jangan Ganggu Saya (3)

Chapter 79 - Jangan Ganggu Saya (3)

Jun Wu Yao bangun dengan tidak berdaya dan memandang dengan kecewa ke arah Jun Wu Xie yang sedang mengelak darinya. Dia menyentuh lehernya dan darah membasahi tangannya. Dia langsung tidak mempedulikan keadaan itu.

"Nampaknya salah saya lagi sebab buat kamu bau sesuatu yang kamu benci. Saya pergi dulu." Dia tersenyum sinis. Sambil mengeluh kecil dia berpusing dan terus keluar dari bilik itu.

Selepas keluar dari bilik Jun Wu Xie, senyumannya hilang dan menyentuh lehernya. Satu cahaya hitam bersinar dan keempat-empat batang jarum itu jatuh ke tangannya.

"Tuan!" Satu bayang-bayang muncul dan susuk tubuh seorang lelaki berlutut di sebelah Jun Wu Yao.

"Tuan cedera!" Bayang itu terkejut kerana bau darah yang dihidunya datang dari tuannya.

Di tempat sebegini, ada orang yang mampu mencederakan tuannya yang terhormat ini?

"Cedera? Ini dikatakan cedera?" Dia merenung empat batang jarum dalam tangannya yang berlumuran darah. Matanya tidak lagi hitam tapi kini berwarna ungu pekat.

Tapi ini dianggap sebagai kesan 'gigitan' gadis itu, jadi dia tidak kisah.

"Kau sudah jumpa orang yang aku suruh cari?" tanya Jun Wu Yao dengan nada dingin.

"Semuanya sudah disediakan."

"Ah, sekumpulan orang tua itu mahu mengurung aku di situ? Mimpi sajalah. Aku akan pastikan aku betul-betul bayar hutang ini." Dia tersenyum sinis sambil memandang jarum-jarum di tangannya. Ada sinar di matanya.

Dia tidak pernah ditolak oleh Jun Wu Xise sebelum ini. Gadis itu juga tidak pernah melawan, namun hari ini dia akhirnya dapat melihat ekspresi berbeza pada wajah yang selalunya dingin dan tidak berperasaan itu. Pandangan matanya sangat berharga, lebih berharga daripada permata di dunia ini.

Dia benar-benar mahukan mata itu. Tapi kalau mata itu tidak ada pada gadis itu, hilanglah kecantikan mata itu. Memang sesuai mata itu dengannya, hanya gadis itu sahaja yang dapat menonjolkan kecantikannya.

"Bagaimana sekumpulan orang bodoh itu layak menjadi musuh Tuan?" Bayang itu berbisik. Suaranya penuh rasa kagum dan jelas memuja tuannya.

"Biar mereka bermegah-megah dulu sebelum aku musnahkan mereka. Lebih menarik jika dibiarkan begitu." Lebih tinggi kedudukan mereka, lebih teruk mereka jatuh. Jun Wu Yao mengecilkan matanya yang dingin.

"Ya!" Bayang itu menjawab dengan penuh semangat.

"Kali ini aku akan berada di sini. Kalau kau ada pesanan, hantarkan saja ke sini." Jun Wu Yao memberikan arahan.

"Menurut perintah, Tuan!"

"Oh ya, satu lagi." Jun Wu Yao tiba-tiba terfikirkan sesuatu.

"Esok balik dan ambil sebalang wain Bulan Jed."

Bayang itu terkejut seketika. Walaupun dia tidak tahu mengapa tuannya ini meminta wain itu, dia cepat-cepat menjawab, "Ya!"

"Nektar Jed, ya?" Jun Wu Yao mengecilkan matanya dan niat membunuhnya memenuhi ruang di sekelilingnya. Dia tidak kisah untuk ke istana untuk melenyapkan Putera Mahkota yang suka mengacau itu.

Bayang itu berlutut dengan senyap di sisi tuannya. Dia tidak berani menafsir maksud di sebalik kata-kata itu. Dia cuma perlu melakukan apa yang disuruh.

Selepas membuat beberapa persiapan lain, Jun Wu Yao tidak lagi berada di situ. Bayang itu hilang ditelan malam.

Di dalam biliknya, Jun Wu Xie sedang berkerut sambil membasuh dan menyental tangannya berkali-kali. Hanya selepas memastikan tidak ada lagi kesan darah pada tangannya barulah dia berjalan ke meja.

Teratai Kecil berdiri dengan diam dan merenung manik hijau pekat itu. Dia memegang manik itu, mengangkatnya ke arah cahaya bulan dan memandangnya.

"Masih sakit?" Jun Wu Xie bertanya pada Jun Wu Xie dengan nada mendatar.

Teratai Kecil terkejut sebentar sambil mengangkat kepalanya dan menggosok dahinya. "Sudah tak sakit," Wajanya yang kemerah-merahan mengukir senyuman manis. Sewaktu Jun Wu Yao menarik semula objek hitam itu, segala rasa sakitnya hilang, tanpa ada rasa tidak selesa. Teratai Kecil mula curiga jika dia benar-benar telah disakiti oleh seorang manusia.