Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 620 - Pembantu Peribadi (2)

Chapter 620 - Pembantu Peribadi (2)

"Jun Xie! Akhirnya kamu dah pulang! Ada banyak kejadian yang berlaku semalam dan kami semua terkejut besar! Nasib baik kamu tak ada di sini." Para pemuda tersebut tidak banyak bercakap dengan Jun Wu Xie sebelum ini. Tetapi setelah Gu Li Sheng dengan megahnya mengumumkan identiti dan status Jun Wu Xie, ramai pelajar Akademi Zephyr yang tiba-tiba merasakan mereka "rapat" dengannya.

Tidak kiralah jika mereka pernah bercakap dengan Jun Wu Xie sebelum ini atau tidak tetapi mereka kini begitu ramah dan mengambil berat.

Mereka semua bercakap dengan serentak, berlumba-lumba mahu memberitahu Jun Wu Xie tentang kejadian yang berlaku semalam.

Jun Wu Xie diam sahaja mendengarkan kata-kata mereka. Kucing hitam kecil di dalam pelukan Jun Wu Xie itu pula menguap besar.

Kumpulan pemuda ini terus membebel tanpa henti. Kemudian mereka menyedari yang Jun Wu Xie tidak memberikan sebarang reaksi. Malah dia tidak menunjukkan perasaan tidak sabar seperti biasa, cuma sikap acuh tak acuh yang dingin. Ketika itu barulah mereka mula berasa kekok. Sebaik mereka berhenti bercakap, mereka menyedari kehadiran pemuda tampan yang berada di belakang Jun Xie. Mata mereka terbeliak kerana terkejut.

Mereka tidak perasan pun bila masanya pemuda yang teramat tampan itu muncul. Wajahnya tidak mereka kenali, tetapi rupa paras serta gayanya menarik perhatian mereka.

"Kamu siapa?" Para pemuda itu terus bertanya selepas mendapati pemuda tampan itu tidak memakai pakaian seragam Akademi Zephyr.

Jun Wu Xie baru sahaja mahu menjawab apabila tanpa disangka-sangka, Jun Wu Yao melangkah ke hadapan lalu berkata sambil tersenyum, "Saya hanyalah pembantu peribadi Tuan Muda Jun."

"….." Giliran mata Jun Wu Xie pula terbeliak kerana terkejut. Dia memandang Jun Wu Yao dari sisi, melihat wajah pemuda itu yang sedang tersenyum berseri-seri.

Pembantu peribadi…..

Para pemuda itu berbisik-bisik seketika sesama sendiri sebelum bergegas pergi dari situ.

Jun Wu Xie memandang Jun Wu Yao dengan bingung. Jun Wu Yao mengangkat tangannya lalu mengusap-usap kepala Jun Wu Xie dengan mesra sebelum berkata, "Kalau Abang nak ikut kamu, Abang tak mahu membuatkan kamu susah hati."

Cuma seorang pembantu peribadi sahaja yang boleh berdampingan dengan tuannya, bukan?

Jun Wu Xie masih merasakan ada sesuatu yang tidak kena, tetapi dia tidak dapat menentukan apa sebab sebenarnya. Jadi dia hanya mampu bersetuju sambil menggumam, "Mmm."

Di hutan buluh itu, Fan Zhuo dan Fan Jin sedang minum teh berdua sewaktu menyedari kepulangan Jun Wu Xie. Fan Jin bingkas bangun. Wajahnya yang menawan itu terus bertukar menjadi kemerah-merahan.

"Jun… Jun Xie… kamu… kamu dah pulang." Fan Jin merasakan lidahnya terbelit dan dia tergagap-gagap ketika bercakap. Dia benar-benar menggelabah dan serba tak kena.

Ketika Fan Jin menyedari kehadiran pemuda tampan yang berdiri di belakang Jun Wu Xie, dia tiba-tiba menjadi kaku. Wajah yang tadinya menggelabah, kini kelihatan amat terkejut.

"Ini ialah….."

"Pembantu peribadi Tuan Muda Jun." Jun Wu Yao menjawab dengan mudah.

Dalam perjalanan ke sini, dia mendapat tahu daripada Jun Wu Xie yang sepanjang tempoh dia berada di Akademi Zephyr, dia telah tinggal di sebuah kediaman kecil di dalam hutan buluh itu. Jun Wu Xie juga mengatakan yang dia agak rapat dengan adik-beradik Fan yang berada di hadapan Jun Wu Yao ini.

Mulut Jun Wu Yao tersenyum sinis sedikit sewaktu dia menilai adik-beradik Fan ini dalam diam. Pemuda yang sedang duduk dengan tenang di meja itu mempunyai ekspresi wajah yang normal tetapi pemuda yang sedang berdiri ini berkelakuan agak aneh. Wajahnya yang kemerah-merahan serta aksinya yang sedang menggelabah itu membawa satu mesej yang jelas pada Jun Wu Yao.

[Nampaknya Jun Wu Xie ini benar-benar tidak hanya duduk diam selama ini. Dia sudah menarik perhatian lalat-lalat yang menjengkelkan.]

[Patutkah saya bunuh mereka?]

Fan Jin yang langsung tidak menyedari dia sedang diperhatikan, turut menilai Jun Wu Yao pada ketika itu.

Sebagai anak sulung Guru Besar, dia sudah melihat pelbagai orang-orang elit yang tiada tandingan di Akademi Zephyr. Namun begitu, tidak ramai yang dapat dibandingkan dengan anak muda di hadapannya ini. Wajah anak muda itu yang tampan tidak terperi serta aura yang ada padanya langsung tidak akan dimiliki oleh seorang pembantu peribadi biasa.

Fan Jin memandang sekilas pada Jun Wu Xie tetapi tidak dapat mengesan apa-apa yang luar biasa.

Related Books

Popular novel hashtag