"Tak guna! Saya ni hodoh sangatkah? Tengok tu, mereka muntah-muntah!" Qiao Chu merenung para pelajar yang sedang muntah di dinding tersebut. Inilah kali pertama Qiao Chu menjadi ragu-ragu dengan rupa parasnya.
Fei Yan memandang Qiao Chu tanpa berkata apa-apa. Kemudian dia menepuk-nepuk belakang Qiao Chu lalu berkata, "Kamu ni terlalu memandang tinggi pada diri sendiri. Saya rasa mereka muntah disebabkan itu…"
Sambil bercakap, Fei Yan menunjuk ke satu arah dengan jarinya. Qiao Chu berpusing ke arah yang ditunjukkan dan terlihat satu lautan darah. Di satu kawasan berdekatan pintu pagar itu yang tidak dipenuhi oleh para pelajar, terdapat satu mayat yang telah terputus dua di bahagian pinggang. Mayat itu tergelimpang di atas tanah dengan berlumuran darah. Di sekeliling mayat tersebut terdapat banyak organ dalaman dan ususnya. Situasi ini amat menggerunkan.
Qiao Chu menjadi kaku melihatkan keadaan mengerikan di hadapan matanya ini. Kenapalah mereka perlu menyaksikan sesuatu yang menjijikkan sebaik sahaja mereka tiba di situ?
Setelah Qiao Chu kembali pulih dan mampu mengangkat kepalanya, dia terlihat Long Qi yang berdiri berdekatan mayat tersebut. Apabila Qiao Chu mengalihkan pandangannya pada orang di sebelah Long Qi...
Qiao Chu terpegun.
Seorang gadis muda yang sempurna dan menawan sedang berdiri di kejauhan. Dia kelihatan dingin. Pakaiannya yang putih suci itu amat berbeza dengan lautan darah tersebut. Namun apa yang paling mengejutkan Qiao Chu bukanlah wajah yang memukau itu, tetapi sepasang mata yang amat dikenalinya.
Dingin dan tidak mesra!
"Saya… saya… saya… saya ni… sedang berkhayal agaknya…" Qiao Chu bercakap sambil tergagap-gagap.
"Saya… dapat lihat gadis cantik yang memukau… yang matanya… sama… seperti Jun Xie…"
Pasti dia telah tersilap pandang!
Jun Xie mungkin memiliki raut wajah yang halus, tetapi dia tidak mempunyai kecantikan yang mampu merobohkan kota seperti ini. Walaupun Jun Xie memakai pakaian perempuan, paling-paling pun dia akan menjadi gadis cantik yang ayu, bukannya seorang gadis yang jelita dan sempurna seperti ini.
Tetapi, walaupun rupa Jun Xie dan gadis ini langsung tidak serupa, macam mana mata tersebut… membuatkan Qiao Chu merasakan mereka adalah orang yang sama?
Bukan Qiao Chu sahaja yang tergamam. Ekspresi wajah Hua Yao, Fei Yan dan Rong Ruo juga menunjukkan kekeliruan dan perasaan tidak percaya.
Sewaktu mereka hampir ragu-ragu dengan tekaan sendiri, mereka tiba-tiba terlihat satu ekor berwarna hitam berayun dari dalam lengan baju Jun Wu Xie.
Pandangan sekilas itu membuatkan mereka semua menarik nafas dengan kuat!
Itu pasti ekor kucing hitam kecil!
"Benarkah itu… Jun Xie?" Lidah Qiao Chu hampir terbelit.
"Saya rasa memang dia…" Mata Fei Yan kelihatan bingung.
"Ini amat… mengejutkan." Rong Ruo bergelut cuba mengekalkan ekspresi wajah yang tenang, namun sedikit renggutan di hujung mulutnya mendedahkan perasaan terkejut di dalam hatinya.
Reaksi Hua Yao yang paling tenang dalam kalangan mereka. Namun matanya yang sedikit terbeliak itu menunjukkan yang dia juga sama terkejut seperti rakan-rakannya yang lain.
"Tunggu! Tunggu! Biar saya bertenang dulu!" Lama Qiao Chu merenung Jun Wu sehinggakan pipinya berasa perit dan wajahnya menjadi kemerah-merahan. Qiao Chu cepat-cepat berpaling, memegang dadanya lalu berkata, "Melampau betul! Muka Jun Wu Xie tu… saya pun hampir tertipu!"
Rupa paras yang mampu menjatuhkan kota dan menghancurkan negara itu telah disembunyikan di sebalik penyamarannya selama ini. Disebabkan telah terbiasa dengan wajah Jun Xie yang telah diubah, Qiao Chu dan yang lain amat terkejut melihat wajahnya yang sebenar!
"Si Jun Xie tu memang gadis syaitan yang kejam dan ganas! Saya perlu tenangkan diri dulu! Budak tu bukan biasa-biasa!!!" Qiao Chu mencuba sedaya upaya untuk menenangkan jantungnya yang berdebar-debar. Dia merasakan jantungnya hampir terkeluar dari dadanya.
Dia hampir-hampir jatuh cinta pandang pertama tadi! Tetapi dia tersedar yang gadis itu ialah Jun Wu Xie yang amat dia takuti! Hal sebenar ini membuatkan dia tidak jadi berasa teruja.
Sebelum dia sempat pun merasai kenikmatan jatuh cinta pandang pertama, Qiao Chu sudah pun putus cinta...
Siapalah dalam dunia ini yang mampu menjinakkan gadis syaitan ini!!!