Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 462 - Tamparan Berturut-turut - Bentuk Pertama (9)

Chapter 462 - Tamparan Berturut-turut - Bentuk Pertama (9)

Sewaktu kali pertama Jun Wu Xie mencapai peningkatan dalam kuasa rohaninya, dia telah menyerap roh Ular Melayang. Proses itu amat sukar untuknya pada ketika itu. Kali ini Jun Wu Xie lebih bersedia dan menyuruh Teratai Mabuk berada di sisinya sebagai langkah berjaga-jaga.

Selepas menutup Penjara Roh, Jun Wu Xie menarik nafas dalam. Sama seperti sebelum ini, dia memusingkan penutup Penjara Roh dan menutup matanya. Dia menyerap intipati roh yang dikeluarkan dari Penjara Roh, ke dalam badannya.

Namun begitu, proses penyerapan kali ini lebih lancar dan tidak menyebabkan dia berasa tidak selesa. Jun Wu Xie membaham roh Serigala Perak dengan sepenuhnya dan dapat merasakan kuasa itu tersebar ke seluruh badannya. Perasaan kesal Serigala Perak yang tersisa membuatkan Jun Wu Xie berasa puas.

Proses ini begitu lancar sehingga penyerapan itu membuatkan Jun Wu Xie agak bimbang. Tanpa dia ketahui, roh Serigala Perak yang berada di gred lima itu langsung tidak boleh disamakan dengan roh Ular Melayang.

Sewaktu dia membaham Ular Melayang sebelum ini, kalau bukan kerana Jun Wu Yao berada di sisinya, mustahil untuk Jun Wu Xie menyerap roh Ular Melayang itu sepenuhnya. Selepas Jun Wu Xie mendapat pengalaman membaham roh Ular Melayang yang amat kuat, bukanlah satu cabaran untuk dia membaham roh yang sekadar berada di gred lima.

Jun Wu Xie hanya memerlukan masa dua jam untuk menyerap roh Serigala Perak sepenuhnya. Setelah roh itu habis dibaham, satu cahaya kuning memancar dengan ganas dari seluruh badan Jun Wu Xie. Pancaran cahaya kuning yang tajam ini menembusi celah-celah daun pokok yang tebal dan menyelubungi kawasan tersebut, meneranginya dengan cahaya yang terang dan hangat!

Qiao Chu dan yang lain sedang menanti dengan sabar di bawah pokok apabila mereka tiba-tiba merasakan gelombang kuasa rohani beriak-riak di udara. Mereka mendongak dengan pantas dan berasa amat terkejut melihat cahaya kuning yang bersinar terang dari celahan daun, nun tinggi di atas pokok-pokok.

"Roh kuning….. Jun Xie sudah mencapai peningkatan ke tahap roh kuning dengan begitu cepat!" Mata Qiao Chu terbeliak. Seingat dia, Jun Xie baru saja berusia empat belas tahun pada tahun ini dan roh berkontraknya baru saja bangkit tidak lama dahulu. Kini dia sudah mencapai roh tahap kuning dalam jangka masa yang singkat?

Walaupun Qiao Chu dan rakan-rakannya mampu menggunakan kuasa roh tahap ungu, kesannya hanya sementara. Mereka sebenarnya menggunakan kaedah yang wujud di Alam Pertengahan untuk mendapatkan kuasa roh tahap ungu untuk jangka masa yang singkat. Peningkatan kuasa Jun Xie yang luar biasa pandatas ini benar-benar mengagumkan mereka.

Budak berusia empat belas tahun yang mempunyai roh jingga sudah cukup membuatkan orang ramai tergamam. Kalau mereka tahu yang Jun Xie sudah mencapai peningkatan ke tahap kuning….

Qiao Chu menelan air liurnya tanpa sedar. Dia berpaling memandang satu-satunya orang yang boleh dianggap "normal" dalam kalangan mereka, Fan Jin.

Wajah Fan Jin kelihatan amat terkejut. Mulutnya terlopong dan matanya terbeliak. Dia berdiri kaku seperti patung batu. Kepala "patung" ini mendongak memandang pokok-pokok yang tinggi, seolah-olah terpegun.

Fan Jin agak berbakat juga. Dia mencapai roh tahap kuning pada usia tujuh belas tahun dan dianggap sebagai bakat bertuah yang jarang ditemui. Jun XIe bertahun-tahun lebuh muda darinya dan sudah pun setaraf dengannya sedangkan roh berkontraknya baru saja dibangkitkan tak lama dulu. Fan Jin tak akan menganggap Jun Xie berbakat, ini cuma raksasa yang menggerunkan!

Keyakinan diri Fan Jin tiba-tiba hancur berkecai!

Beberapa ketika kemudian, Teratai Mabuk turun dari pokok itu sambil membawa JunWu Xie. Jubahnya yang putih suci dan beralun serta pergerakannya yang elegan membuatkan Teratai Putih kelihatan seperti dewa yang baru turun dari langit.

Teratai Mabuk dan Jun Xie sudah kembali. Tetapi Serigala Perak yang Teratai Mabuk bawa naik bersamanya tadi, langsung tidak kelihatan. Qiao Chu mengira-ngira tempoh masa yang telah berlalu dan menganggap Serigala Perak telah kembali ke Dunia Roh. Jadi mereka tidak bertanya lebih lanjut.

"Kita nak buat apa dengan dia ni?" Qiao Chu bertanya sambil menendang Li Zi Mu yang sudah tidak bernyawa. Para pemuda lain tadi tahu yang Li Zi Mu telah menyertai Fan Jin dan Jun Xie. Kalau ada sesiapa yang menemui mayat Li Zi Mu di sini, mungkin sukar untuk mereka memberikan penjelasan.

"Biarkan saja," kata Jun Wu Xie sambil menjeling mayat Li Zi Mu. Kemudian dia menyambung, "Kita di sini untuk memburu Binatang Roh. Tentulah binatang-binatang itu akan melawan."