Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 412 - Fitnah (4)

Chapter 412 - Fitnah (4)

"Tuan Guru Gu menyingkirkan Jun Xie dari fakulti Pemulih Roh awal pagi tadi dan mengatakan Jun Xie bukannya pelajar fakulti itu. Pelajar sebenar yang Tuan Guru Gu pilih ialah Zi Mu. Tengoklah ni Senior Fan, Zi Mu memakai lambang jed dengan simbol fakulti Pemulih Roh. Tuan Guru Gu sendiri yang pinkan padanya." Para pemuda itu cepat-cepat menolak Li Zi Mu, yang selama ini bersembunyi di belakang kerumunan itu, pergi ke hadapan.

Badan Li Zi Mu yang kurus terus menjadi longlai apabila berhadapan dengan susuk tubuh Fan Jin yang tinggi itu.

Li Zi Mu mungkin berlagak sombong kerana diterima masuk ke fakulti Pemulih Roh, tetapi dia masih tidak berani berhadapan dengan Fan Jin.

Kening Fan Jin berkerut sewaktu dia merenung Li Zi Mu yang lemah dan ketakutan itu. Walaupun mata Fan Jin menunjukkan cemuhan terhadap gerak-geri Li Zi Mu, dia pasti yang lambang jed di dada Li Zi Mu itu memang milik fakulti Pemulih Roh.

Apa yang sedang berlaku ni?

Fan Jin masih ingat dengan jelas. Pada malam sebelum kemasukan para pelajar baru, Gu Li Sheng meminta Fan Jin datang berjumpa dengannya di fakulti Pemulih Roh. Dia mengatakan yang dia berminat dengan seorang pemohon yang baru mendaftar masuk ke Akademi Zephyr beberapa hari yang lalu. Gu Li Sheng menanti-nanti kemasukan pelajar baru, kemudian dia akan membawa pelajar berkenaan terus ke fakulti Pemulih Roh. Gu Li Sheng dengan jelas menyebut dua patah perkataan, "Jun Xie" dan langsung tidak pernah menyebut tentang Li Zi Mu.

Malah pakaian seragam yang Jun Xie pakai juga dituntut sendiri oleh Fan Jin dan dia yang menyerahkan pakaian seragam tersebut, bersama-sama dengan lambang jed fakulti Pemulih Roh, kepada Jun Xie.

Baru separuh hari berlalu! Bagaimana keadaan boleh jadi begini?

"Apa nama kamu?" Fan Jin merenung Li Zi Mu lalu bertanya.

"Li….. Li Zi Mu." Li Zi Mu menggigil akibat ditenung oleh Fan Jin.

"Tuan Guru Gu yang berikan lambang jed kamu?" tanya Fan Jin lagi.

Li Zi Mu mengangguk sambil menggigil. Dia tergagap-gagap membalas, "Ini….ini dipinkan sendiri oleh Tuan Guru saya….."

Wajah Fan Jin semakin berkerut.

Dia tahu daya ingatannya bukannya lemah. Tetapi hal ini sangat membingungkan. Budak yang berdiri di hadapannya ini bertul-betul tak guna. Langsung tak mampu berdiri tegak di hadapan Fan Jin. Ini pelajar yang Pak Cik Gu pilih dan membuat keputusan untuk memupuk dengan seluruh jiwa raganya? Tak mungkin!

Inilah kali pertama Fan Jin meragui kebolehan Gu Li Sheng mengesan pelajar berbakat. Dia tertanya-tanya jika Gu Li Sheng sedang sakit.

"Saya rasa pasti ada salah faham dalam hal ini. Jun Xie tidak curi kedudukan kamu. Jangan biar saya dengar ada orang lagi yang menyebut hal ini untuk mengganggu Jun Xie lagi. Kalau tak, saya tak akan lepaskan orang itu dengan mudah." Fan Jin tak dapat mencari apa yang tak kena dengan situasi ini. Buat masa sekarang, dia membuat keputusan untuk menenangkan ketegangan yang berlaku.

Tak kisahlah jika Jun Xie itu pelajar yang dipilih oleh Jun Xie atau tidak. Fan Jin tetap sukakan Jun Xie. Dia rasa Jun Xie ini junior yang pendiam dan pandai berdikari. Tak ada apa yang dia tak suka tentang budak ini.

Para pemuda lain tak berani membantah amaran Fan Jin dan mengangguk bersungguh-sungguh. Mereka tak berani berkata apa-apa.

Selepas melihat kumpulan pemuda ini mengalah, Fan Jin akhirnya berpaling pada Jun Xie. Dia mendapati Jun Xie masih lagi diselubungi cahaya jingga kuasa rohaninya. Fan Jin cepat-cepat memujuk, "Saya tahu kamu tak akan buat perkara sebegitu. Jangan biarkan diri kamu terlalu terkesan dengan mereka. Kalau ada yang tercedera di sini, tak akan putus-putus masalah yang timbul selepas itu."

Mungkin selama ini dia tidak berhadapan dengan Jun Xie, tetapi Fan Jin tetap dapat mengesan keinginan membunuh yang meluap-luap di mata Jun Xie.

Fan Jin sendiri terkejut sewaktu terlihat aura membunuh yang dingin di mata itu. Tiba-tiba dia sedar yang kalau dia tidak muncul tepat pada masanya, yang tercedera nanti bukannya Jun Xie, tetapi para pemuda jahil yang telah mengelilingi pemuda bertubuh kecil di hadapannya ini.

Setelah dipujuk oleh Fan Jin, keinginan membunuh di mata Jun Xie beransur hilang dan matanya yang jernih itu kembali tenang dan dingin.

Entah mengapa Fan Jin mengeluh dengan amat lega sebaik terlihat keadaan ini.