Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 392 - Kemasukan (8)

Chapter 392 - Kemasukan (8)

Sepantas kilat,kedengaran bunyi nafas yang ditarik kuat di dalam dewan itu. Raut wajah para pelajar senior kelihatan terkejut.

"Dah agak lewat ni. Kamu semua patut bawa para pelajar baru kita ni pergi menyesuaikan diri. Biar saya uruskan budak ini." Setelah berkata demikian, Fan Jin tidak mempedulikan ekspresi terkejut di wajah pelajar senior lain. Dia menyentuh lembut bahu Jun Wu Xie dan memberi isyarat untuk mengajaknya ke luar dewan.

Walaupun Jun Wu Xie tidak tahu siapa "Senior Fan" yang tiba-tiba muncul entah dari mana, setelah dia membandingkan dengan para pelajar senior lain di dalam dewan itu, dia merasakan Fan Jin ini pilihan yang lebih baik.

Walaupun Fan Jin sudah membawa Jun Wu Xie jauh dari dewan itu, para pelajar senior di situ masih belum pulih dari berasa terkejut.

Salah seorang pelajar baru itu mengumpulkan keberaniannya dan bertanya pada pelajar senior yang sudah menjadi mentornya, "Senior, ada yang tak kena dengan senior Fan tu ke? Kenapa raut wajah kamu semua begitu…."

Pelajar senior itu menarik nafas dalam-dalam sambil menggosok-gosok pelipisnya. "Itu Fan Jin, anak angkat Guru Besar! Dia mendapat tempat keempat pada Kejohanan Pertempuran Roh Akademi Zephyr! Apa yang budak tu dah buat sampaikan dia begitu bertuah mendapat Fan Jin sebagai mentor!?"

Identiti Fan Jin agak unik. Dia bukan sahaja menjadi anak angkat Guru Besar, malah turut memiliki roh berkontrak yang agak kuat juga. Selain itu, latihan kuasa rohaninya membuatkan kebanyakan pelajar Akademi Zephyr jauh ketinggalan.

"Apa!?" Jawapan itu membuatkan pelajar baru tersebut begitu terkejut sehinggakan dia terjerit marah.

Pelajar senior itu memberikan pandangan kurang sabar pada pelajar junior berkenaan dan berlalu pergi. Pelajar junior yang terkejut itu tidak ada pilihan selain berlari untuk cepat-cepat mengejar mentornya.

Para pelajar junior lain yang mendengar berita itu seolah-olah telah dipanah petir. Wajah mereka kaku, kata-kata senior tadi didengari berulang-kali di dalam minda mereka.

Anak angkat Guru Besar…. Mendapat tempat keempat di dalam Kejohanan Pertempuran Roh….

Mereka baru sahaja mengetawakan Jun Wu Xie kerana tidak diingini oleh para pelajar senior. Tetapi kini mereka pula yang tergamam. Walaupun mereka tak tahu apa-apa tentang pengurusan dalaman Akademi Zephyr, jelas dapat dilihat apa maksud kedudukan Fan Jin untuk Jun Wu Xie, pelajar yang di bawah jagaannya.

Daripada cara para pelajar senior lain tunduk kepada Fan Jin tadi, semua pelajar junior ini tahu yang tak ada seorang pelajar senior di dalam dewan itu yang langsung dapat menandingi Fan Jin.

Mula-mula layanan baik Gu Li Sheng, sekarang ini diambil pula oleh Fan Jin….

Tuah Jun Xie membuatkan pelajar junior lain hampir mahu menghentakkan kepala mereka ke dinding kerana berasa kecewa. Mereka juga benci dengan hakikat yang tuah itu sedikit pun tidak tempias pada mereka!

…..

Jun Wu Xie mengekori Fan Jin dan berjalan keluar dari dewan itu dengan cepat. Mereka berdua terus berjalan masuk ke kawasan utama Akademi Zephyr. Fan Jin berjalan di hadapan manakala Jun Wu Xie berada di belakangnya. Pasangan ini menarik banyak perhatian.

"Nama kamu Jun Xie?" Fan Jin bertanya kepada Jun Wu Xie yang berada di belakangnya sewaktu mereka meneruskan perjalanan.

"Ya."

"Haha, tak perlulah rasa cemas. Saya memang cepat mesra dan Pak Cik Gu yang minta saya ke sini dan cari kamu. Gambaran dia tentang kamu memang tepat! Carilah anak muda yang bersaiz paling kecil dan itulah dia orangnya." Fan Jin berpenampilan ceria dan kata-katanya selalu diiringi sedikit nada ketawa.

Langkah Jun Wu Xie tiba-tiba terhenti dan dia memandang Fan Jin sambil berfikir.

"Ada apa?" Fan Jin berpaling dan memandang Jun Wu Xie.

"Tak ada apa-apa," balas Jun Wu Xie. Dia menundukkan kepalanya untuk menolak hal-hal yang dia fikirkan tadi keluar dari kepalanya.

Hakikat yang Gu Li Sheng mengaturkan seseorang untuk datang mendapatkan Jun Wu Xie bermaksud yang lelaki itu telah menjangka kata-kata yang dia ucapkan di hadapan semua orang sewaktu hari pendaftaran Jun Wu Xie akan mendatangkan masalah. Gu Li Shen membuat persediaan begini maksudnya dia masuk mahu menerima Jun Wu Xie masuk ke fakulti Pemulih Roh, dan ini bertepatan dengan niat Jun Wu Xie.

Kampus utama Akademi Zephyr hanya mempunyai tiga fakulti. Fakulti Pemulih Roh, fakulti roh berkontrak jenis senjata dan fakulti roh berkontrak jenis binatang. Pada zahirnya, roh berkontrak Jun Wu Xie ialah dari jenis binatang, namun roh berkontrak dia yang sebenarnya ialah Teratai Salji. Kalau dia menyertai fakulti lain sekalipun, semuanya tidak akan dapat membantunya.

Related Books

Popular novel hashtag