Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 264 - Tanggapan Pertama (3)

Chapter 264 - Tanggapan Pertama (3)

Mu Chen berdiri di hadapan Jun Wu Xie, merenung budak muda yang kelihatan tenang ini. Wajahnya yang serius menguntum senyuman.

"Siapa nama kamu?"

"Jun Xie," balas Jun Wu Xie.

Pemohon lain yang menantikan penyingkiran Jun Wu Xie tiba-tiba merasakan situasi ini agak aneh. Tuan Tua Kumpulan Qing Yun itu kelihatan tenang. Bukankah dia sepatutnya menghalau Jun Wu Xie sekarang?

"Kamu berminat tak untuk datang ke Puncak Menjejak Awan?" tanya Mu Chen dengan lembut.

Jun Wu Xie terkejut, tetapi wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi.

Kata-kata Mu Chen mengakibatkan kekecohan dalam kalangan pemohon-pemohon lain kerana mereka menyangkakan Jun Wu Xie akan dihalau keluar akibat perbuatannya. Tetapi mereka hanya mampu merenung Jun Wu Xie, terkejut dengan apa yang sedang berlaku.

Bagaimana keadaan boleh jadi begini?

Budak yang mencabar dan mencemarkan kesucian Kumpulan Qing Yun sepatutnya dihukum. Sebaliknya, dia telah menarik perhatian Tuan Tuan Puncak Menjejak Awan?

Kalau dia diterima masuk ke Puncak Menjejak Awan, dia akan terus menjadi pengikut rasmi Kumpulan Qing Yun!

Siapa sangka tuah akan menyebelahi seorang pemuda yang bertubuh kecil dan tidak menonjol ini?

Jun Wu Xie hanya perlu bersetuju sahaja dan dia boleh menjadi pengikut Kumpulan QIng Yun. Pengikut rasmi rumah dalaman Kumpulan Qing Yun!

Ini merupakan tuah yang hanya mampu diimpikan oleh para pemuda yang lain dan mereka berasa amat cemburu lalu mengetap rahang dengan geram.

Sewaktu menantikan jawapan Jun Wu Xie, satu lagi suara tiba-tiba kedengaran!

"Tunggu dulu, Tuan Tua Mu." Satu suara yang menggerunkan dan tajam tiba-tiba berkata, jelas dapat didengari oleh semua yang hadir di situ. Ke Cang Ju nampaknya diselubungi kemuraman sambil dia berjalan menuju Mu Chen. Ekspresi wajahnya sukar dibaca.

Mu Chen berkerut, amat ketara yang dia tidak sukakan Ke Cang Ju.

"Ada apa,Tuan Tua Ke?"

Ke Cang Ju mengheret kakinya sepanjang jalan. Badannya yang bongkok membuatkan dia kelihatan lebih menyeramkan. Ada loceng gangsa lama yang dilekatkan pada hujung jubahnya. Locceng-loceng itu berbunyi setiap kali dia melangkah.

"Saya mahu dua orang budak itu." Ke Cang Ju mengangkat tangannya. Satu jari yang kurus dan berkedut menuding ke arah Jun Wu Xie dan Qiao Chu yang dalam keadaan terkejut.

Hati Mu Chen menjadi luruh serta-merta.

"Tuan Tua Ke, apa maksud semua ini? Saya sudah mengisytiharkan Puncak Menjejak Awan akan menerima dia sebagai pengikut. Kalau Tuan Tua Ke mahu lebih ramai pengikut, pergilah cari di tempat lain!"

Ke Cang Ju mencemuh, "Adakah ini maksudnya Tuan Tua Mu cuba menyusahkan saya? Saya akan ambil dua orang budak ini hari ini. Kalau Tuan Mu ada apa-apa bantahan, pergilah beritahu Pemerintah. Kalau Pemerintah bersetuju dengan kamu, saya akan serahkan budak Jun Xie itu kepada kamu. Kalau dia tak setuju, eloklah Tuan Tua Mu diam sahaja."

Mu Chen menggenggam penumbuknya yang tersembunyi di dalam lengan bajunya sambil merenung Ke Cang Ju dengan marah. Semua orang hubungan Mu Chen dengan Qin Yue amat buruk dan Puncak Menjejak Awan sudahpun menerima sumber paling sedikit. Sebaliknya, Ke Cang Ju menikmati sokongan terbaik dan mempunyai hubungan yang mesra dengan Qin Yue. Kalau Mu Chen pergi memberitahu Qin Yue, pasti dia tidak akan menyebelahi Mu Chen dan akan menolak permintaan itu.

Jelas sekali Ke Cang Ju berniat untuk merampas!

Dua orang Tuan Tua itu mula bertengkar di hadapan semua orang. Ini hanya membuatkan pemuda lain di situ yang amat mencemburui Jun Wu Xie semakin membencinya.

Apa yang hebat sangat tentang budak itu sehingga membuatkan dua Tuan Tua Kumpulan Qing Yun berbalah untuknya?

Tanpa diketahui oleh orang lain, Jun Wu Xie yang dicemburui itu langsung tidak gembira. Dia berkerut sedikit memandang Ke Cang Ju yang tiba-tiba masuk campur. Dia tak sangka Ke Cang Ju akan muncul untuk merampasnya daripada Mu Chen.

Related Books

Popular novel hashtag