Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 257 - Qiao Chu (1)

Chapter 257 - Qiao Chu (1)

Setelah meneliti pemuda selekeh yang berdiri di hadapannya ini, barulah Jun Wu Xie teringat. Bukankah ini pemuda kusut-masai yang ditemuinya di Bandar Hantu? Pemuda yang telah menjual buku-buku usang itu kepadanya?

Jun Wu Xie tidak mengenali pemuda itu kerana wajahnya bersih.

"Ingat tak sekarang?" Pemuda itu terkebil-kebil penuh harapan.

"Kamu ya?" balas Jun Wu Xie dengan tenang.

Pemuda itu membersihkan debu di mukanya dan berkata, "Kamu ingat saya juga akhirnya."

Jun Wu Xie mengangguk sedikit. Dia telah pergi ke Bandar Hantu sekali sahaja, dan dia telah mengubah penampilannya ketika itu, sama seperti sekarang. Jun Wu Xie tidak menyangka selepas beberapa bulan, pemuda kusut-masai ini dapat mengenalinya dengan serta-merta.

"Saya tak sangka kamu akan datang ke Kumpulan Qing Yun. Saya tak terfikir mereka akan ada apa yang kamu mungkin perlukan," kata pemuda itu sambil terus menyapu lengan bajunya ke seluruh mukanya. Dia terlihat Jun Wu Xie dari jauh tadi tetapi tertanya-tanya mengapa budak yang boleh menghasilkan eliksir dan ubat yang jauh lebih baik berbanding Kumpulan Qing Yun, datang sejauh ini untuk memohon menjadi pengikut kumpulan itu.

Jun Wu Xie memandang pemuda itu, matanya tidak menunjukkan dia berniat untuk memberikan jawapan.

Seolah-olah baru sedar yang dia terlalu menyibuk, pemuda itu menggaru-garu kepalanya dan cepat-cepat cuba menjelaskan. "Saya bukannya sibuk nak tahu hal kamu, cuma saya terlalu gembira melihat seseorang yang saya kenali di sini. Saya teruja sedikit."

Jun Wu Xie mengangkat sebelah keningnya. Dia dan saya ada hubungan rapatkah?

Pemuda kusut-masai itu nampaknya tidak perasan dengan mata Jun Wu Xie yang dingin dan tidak mesra, malah menjadi lebih semakin bersemangat.

Pemuda yang telah tercampak tadi sudahpun bangun sambil memegang punggungnya dan merenung pemuda kusut-masai itu dengan geram. Pemuda kusut-masai itu dengan biadabnya dan secara tiba-tiba telah masuk campur urusannya.

"Kau ni siapa? Berani kau sentuh aku?" Pemuda itu menggeliang-geliut kerana punggungnya sakit dan dia dipapah oleh rakannya.

Berani betul! Pemuda kusut-masai yang miskin dan berpakaian compang-camping ini berani menghempasnya ke tanah tanpa sebarang amaran? Mujurlah dia tidak pengsan.

Pemuda kusut-masai itu tidak memberi perhatian kepada pemuda yang sedang menjerit sekuat hatinya itu dan berkata kepada Jun Wu Xie, "Oh ya, nama saya Qiao Chu. Kamu?"

Jun Wu Xie merenung Qiao Chu yang terlebih bersemangat ini dan berhenti seketika sebelum membalas dengan perlahan, "Jun Xie."

Melihatkan dirinya langsung tidak dipedulikan oleh Jun Wu Xie dan Qiao Chu, pemuda itu menjadi semakin berang. Dia mula melangkah untuk menuju ke arah mereka dan memarahi mereka apabila Qiao Chu tiba-tiba berpusing dan melambaikan penumbuknya.

"Si lemah macam kau ni, sepuluh pun aku boleh uruskan," Qiao Chu mengugut dengan garang.

Pemuda itu memegang punggungnya yang masih berdenyut-denyut kesakitan akibat serangan Qiao Chu tadi, lalu berhenti bergerak. Namun dia tetap meneruskan bebelannya.

Jun Wu Xie menjadi jengkel dengan bunyi bebelan itu. Hanya ada dua minit lagi sebelum masa ujian tamat dan dia tak mahu membazirkan masa dengan orang-orang dungu seperti mereka.

Jun Wu Xie melangkah ke hadapan dan menyuakan herba di tangannya ke muka pemuda yang sedang membebebl itu. Dia berkata dengan kasar dan ringkas.

"Berambus."

Pemuda yang sedang terkejut itu membersihkan lumpur pada mukanya dan baru sahaja mahu meneruskan bebelannya sebelum terlihat herba yang sudah jatuh ke tanah itu. Matanya terbeliak dan dia menundukkan badan untuk mengambil herba itu dengan gembiranya. Dia sangkakan tak ada peluang lagi untuk mengambil herba daripada pemuda kecil molek itu setelah munculnya pemuda kusut-masai yang menjelikkan itu. Siapa sangka budak ini tiba-tiba menyerahkan herba kerana ketakutan?

"Sekuarang-kurangnya kau sedar diri! Jom!" Cukuplah dia sudah mendapat herba itu walaupun punggungnya sangat sakit. Dia dengan gembiranya berbincang bagaimana mahu membahagikan herba itu dengan rakannya.

Qiao Chu terpegun menyaksikan apa yang Jun Wu Xie telah lakukan.

"Kamu… kamu dah gila?"

.....

Related Books

Popular novel hashtag