Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 170 - Roh Dibaham (1)

Chapter 170 - Roh Dibaham (1)

Jun Wu Xie amat risau. Roh kucing hitam kecil itu tidak sempurna. Sebelum roh kucing hitam kecil itu bergabung dengan roh Jun Wu Xie, kucing hitam kecil itu hanyalah seperti boneka yang tidak mempunyai kesedaran sendiri.

Singa Emas ialah berubah bentuk daripada roh berkontrak, atau lebih tepat lagi, sejenis tenaga rohani. Apabila kucing hitam kecil itu membaham Singa Emas, bukan badan fizikalnya yang dimakan tetapi roh itu sendiri.

Dalam kehidupan lampaunya yang dipenuhi pelbagai ujian dan eksperimen, Jun Wu Xie ada belajar sedikit tentang perkara ini. Simptom-simptom yang membuatkan kucing hitam kecil itu merungut, sama dengan simptom yang ditunjukkan oleh makhluk kimera selepas menjalani eksperimen.

Jun Wu Xie menyalurkan tenaganya kepada kucing hitam kecil itu secara separa sedar, untuk membantunya meredakan roh Singa Emas yang telah dibahamnya.

Kucing hitam kecil itu tidur nyenyak dan mula bermimpi. Keadaan dalam mimpi itu sangat gelap, kecuali satu jalur kecil cahaya keemasan yang semakin membesar dan menyingkirkan kegelapan.

"AUMM!!" Singa Emas yang telah dibaham berdiri megah di dalam mimpi itu.

Kucing hitam yang sedang lemah merenung binatang yang besar itu dengan ketakutan. Kucing hitam kecil itu mahu berubah bentuk menjadi binatang hitam yang besar, tetapi tidak dapat melakukannya.

Singa yang besar itu menerkam kucing hitam kecil itu!

"MEOW!!"

Satu bunyi tangisan terkejut dikeluarkan oleh makhluk kecil di dalam dakapan Jun Wu Xie. Dia tunduk melihat kucing dalam dakapannya dan terlihat muka kecil itu berkerut, matanya masih tertutup. Tiba-tiba kaki kucing itu menjadi kejam dan kukunya dikeluarkan. Kukunya itu mencarik-carikkan lengan baju Jun Wu Xie dan kesan darah dapat dilihat pada kulit gadis itu yang putih bak salji.

Cahaya keemasan menyelubungi badan kucing itu, dan semakin lama menjadi semakin terang. Jun Wu Xie menarik nafas panjang dan memegang tubuh kecil itu dengan tangannya. Dia tidak mempedulikan kuku yang mencengkam ke dalam dagingnya sehingga meninggalkan kesan cakaran berdarah pada badannya.

Kucing ini sudah berada dengannya dalam kehidupan lampaunya dan kehidupannya sekarang. Satu-satunya makhluk yang sentiasa berada di sisinya.

Dia tidak akan berputus asa dengan kucing hitam kecil itu, walau apa sekalipun yang berlaku.

"Ini nampaknya roh berkontrak yang istimewa." Satu suara yang bernada terhibur kedengaran berdekatan telinganya. Sebelum Jun Wu Xie dapat memberikan reaksi, dia diselubungi dakapan yang hangat. Satu tangan yang besar mengambil kucing hitam kecil itu daripada Jun Wu Xie, menjauhkan kuku-kuku yang tajam itu daripadanya.

"Beri semula!" Jun Wu Xie menghulurkan tangan ke arah kucing itu tetapi tangan kuat yang sedang memeluknya membawa kucing hitam kecil itu jauh dari jangkauannya.

Jun Wu Yao merehatkan kepalanya ke atas bahu Jun Wu Xie sambil tersenyum malas.

"Tidak ada apa yang kamu boleh lakukan. Kucing ini sudah membaham Singa Emas, dan perlu mengatasi roh itu dengan kekuatannya sendiri. Saya tidak sangka dapat melihat Roh Dibaham di tempat seperti ini." Jun Wu Yao menutup matanya dan menghidu haruman herba yang ada pada Jun Wu Xie.

"Roh Dibaham?" Jun Wu Xie berhenti meronta-ronta.

Selama ini Jun Wu Yao ialah seorang yang misteri tetapi dia tidak pernah mengapa-apakan Jun Wu Xie. Dia juga tahu lebih banyak perkara berbanding pasangan bapa dan anak Keluarga Jun.

"Menyingkirkan roh milik orang lain dan menyuruh roh berkontrak sendiri membaham roh berkenaan. Ini akan meningkatkan kuasa cincin roh berkontrak dan menyerap kebolehan roh yang dibaham." Jun Wu Yao menerangkan dengan senang hati. Anginnya bertambah baik hasil keselesaan yang dirasainya daripada tindakannya memeluk Jun Wu Xie.

Membaham roh berkontrak orang lain?

Jun Wu Xie terkejut. Dia tidak pernah menyangka perkara seperti ini boleh dilakukan!

Hakikat yang kucing hitam kecil itu telah membaham Singa Emas sudahpun melangkaui batas imaginasinya. Berdasarkan reaksi Mo Qian Yuan dan orang lain di tempat kejadian, perkara ini tidak pernah didengari di dunia ini juga. Kenapa Jun Wu Yao tidak terkejut dengan hal ini dan menganggapnya sebagai perkara biasa?

"Hal ini tidak sepatutnya diketahui oleh orang-orang seperti kamu, tapi….nampaknya roh berkontrak ini memang dilahirkan dengan kebolehan ini. Mudahlah kerja saya." Jun Wu Yao tersenyum, menikmati si cantik dalam dakapannya.