Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 140 - Teratai yang Mabuk (1)

Chapter 140 - Teratai yang Mabuk (1)

Dengan keadaan Bandar Diraja yang telah dikepung, rakyat berasa gelisah. Mereka tidak sedar tentang pertelingkahan di antara Istana Lin dan Keluarga Diraja. Mereka diberitahu penyerang yang menyerang hendap Putera Kedua masih belum dihapuskan sepenuhnya, dan penutupan bandar itu perlu bagi mengelakkan mereka melarikan diri.

Melihat keadaan rakyat yang resah, Mo Qian Yuan lebih kerap bergaul dengan mereka, mengambil berat tentang mereka dan membincangkan hal-hal yang penting. Dalam masa beberapa hari saja, kedudukan dan reputasi Mo Qian Yuan semakin bertambah baik, dan menenggelamkan Mo Xuan Fei. Mo Qian Yuan kini menjadi putera pilihan rakyat.

Jun Wu Xie tidak menonjolkan diri sepanjang tempoh waktu ini. Dia memerap di dalam biliknya dan memupuk kuasa rohaninya.

"Cik, bukankah Cik sepatutnya bertindak sementara masih berpeluang?" Kucing hitam kecil itu baring di pinggir kolam teratai, menggoyangkan ekornya yang gebu itu di atas permukaan air..

Jun Wu Xie duduk di meja batu, memerhatikan bunga teratai yang sedang berkembang. "Belum tiba masanya lagi. Untuk membolehkan Mo Qian Yuan menaiki takhta secara sah, dia perlu mendapatkan sokongan rakyat."

Kalau dia mahu memmbuatkan Mo Qian Yuan naik takhta secara paksa, dia boleh melakukannya pada malam itu juga.

Maharaja seorang yang kejam tetapi baginda mendapat sokongan baik daripada rakyat. Jun Wu Xie mengekang baginda dan menutup peluang baginda untuk melarikan diri. Dia membenarkan Maharaja berada di atas takhta untuk memberikan Mo Qian Yuan masa untuk menyesuaikan diri dengan pemerintahan.

Kalau dia ditakdirkan merancang pertukaran pemimpin dari belakang tabir, dia mahu semuanya berlaku secara sah dan mendapat sokongan rakyat.

Ini bukan untuk Mo Qian Yuan, tetapi untuk kebaikan Istana Lin.

Siapa yang menduduki takhta itu tidak penting, asalkan Istana Lin tidak diancam.

Kucing hitam kecil itu mengangguk tanda faham. Tuannya ini memang genius. Dia dapat melihat perkara paling kecil sekalipun dalam rancangannya untuk melindungi Istana Lin. Tetapi dari aspek lain, gadis ini benar-benar dungu.

Kucing hitam kecil itu asyik berfikir, sama ada ingin memulakan topik hubungan di antara lelaki dan perempuan, apabila tiba-tiba terjerit kerana terkejut.

"MEOWWW!!"

Kucing hitam itu melompat dari pinggir kolam dengan cepat. Sewaktu masih dalam keadaan melompat itu, kucing itu nampak patung yang montel melekat pada ekornya.

Jun Wu Xie merenung dengan terkejut sambil Teratai Kecil bersungguh-sungguh menggigit ekor kucing hitam itu. Dia memegang ekor itu dangan kuat sambil kucing itu mengheretnya ke seluruh halaman.

[Budak nakal! Lepaskan!!] Sakit yang dirasai pada ekornya membuatkan kucing hitam kecil itu menagis. Kucing itu mengeluarkan kukunya, berpusing dan mencakar Teratai Kecil yang lembut dan monte itu dengan ganas.

Kulit Teratai Kecil yang putih seperti salji itu dipenuhi kesan cakaran yang berdarah.

"WAAAHHHHH!!" Teratai Kecil yang kesakitan akhirnya melepaskan ekor itu dari mulutnya dan mengerekot di atas tanag, merintih sambil menangis.

Jun Wu Xie pening memikirkan masalah yang perlu diuruskannya ini. Dia berjalan ke sana dan mengangkat kedua-duanya, kucing yang sedang marah dan juga Teratai Kecil.

[Bodoh! Kamu gigit ekor saya!] Kucing hitam kecil itu melemparkan tuduhan.

"Sniff…. Sniff….. Saya tak tahu. Saya berada dalam air dan nampak benda hitam ini bergoyang-goyang. Saya ingatkan itu makanan…" rintih Teratai Kecil sambil memuncungkan mulutnya.

[Penipu! Kamu itu roh jenis tumbuhan, kamu tak perlu makan! Budak tak guna ni mesti buat begitu untuk membalas dendam kerana saya selalu membulinya!]

"Tidak…..Tidak … Bukan macam tu!" Teratai Kecil yang berasa takut dengan sikap agresif kucing hitam itu, menggigil ketakutan.

Sebenarnya dia juga tidak tahu mengapa dia gigit ekor kucing hitam kecil itu. Fikirannya kabur. Dia tidak ingat bagaimana dia boleh berenang ke pinggir kolam dan menggigit kucing itu. Sebaik tersedar, dia sudahpun dicakar oleh kucing hitam kecil itu.

Related Books

Popular novel hashtag