Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 132 - Hadiah Terima Kasih (1)

Chapter 132 - Hadiah Terima Kasih (1)

Jun Qing dan Jun Xian terdiam sambil berfikir. Mereka tidak pernah menjangkakan keadaan akan jadi begini..

Ketika itu Jun Wu Xie langsung tidak menjejakkan kaki ke luar Istana Lin. Bagaimana dia boleh menyimpan niat sebegini?

Pasangan bapa dan anak itu terus bertanyakan soalan pada Jun Wu Xie. Hanya setelah mereka merasakan semakin sukar untuk memahami kerumitan rancangan Jun Wu Xie, barulah mereka membenarkan dia pergi.

Satu bilik disediakan untuk Mo Qian Yuan, jauh dari kawasan kediaman utama. Dia tertanya-tanya jika ini sengaja dilakukan untuk membuatkan dia berada sejauh mungkin daripada bilik Jun Wu Xie!

Selepas meninggakan bilik Jun Xian, Jun Wu Xie mengeluh panjang. Bau daripada bajunya yang berlumuran darah, sangat memualkan. Binatang hitam yang baring di pintu, terus bangun sebaik melihat kelibat Jun Wu Xie dan meleset-leset padanya.

"Meow"

[Cik sangat berani hari ini!]

"Sudahlah, saya kotor ni." Jun Wu Xie mengerutkan hidungnya sambil memandang bajunya. Dia cepat-cepat berjalan menuju biliknya.

Binatang hitam itu berkilauan dan bertukar kembali menjadi kucing hitam yang kecil. Kemudian kucing itu melompat ke atas bahu Jun Wu Xie.

Mereka tiba di halaman bilik Jun Wu Xie. Walaupun mayat-mayat pembunuh upahan itu semuanya sudah dibuang di pintu pagar Istana Diraja, darah masih membasahi tanah di kawasan itu. Bau yang menyesakkan berlegar di seluruh halaman dan beberapa orang hamba suruhan sedang menggosok dan membasuh kesan darah itu dengan air. Tetapi kesan darah itu terlalu banyak dan mereka perlu masa yang lama untuk membersihkan semuanya.

Hamba suruhan itu tunduk hormat ketika melihat Jun Wu Xie. "Pengelola Fu sudah menyediakan air panas untuk Cik mandi. Sudah sedia untuk digunakan."

Jun Wu Xie mengangguk. Pak Cik Fu memang sangat bertimbang rasa. Bau busuk daripada bajunya itu membuatkan dia hampir gila.

Bau itu meyelubungi seluruh tubuhnya, mengingatkan dia pada saat dia dilahirkan semula. Memori yang cuba dilupakannya itu, kembali menghantuinya sewaktu bau darah itu menusuk hidungnya.

Jun Wu Xie terus masuk ke biliknya. Dia meninggalkan kucingnya di ruang tamu sambil menuju ke bilik mandi. Air yang hangat memenuhi tab mandi kayu itu dan udara di dalam bilik mandi itu berkabus akibat haba dari air.

Jun Wu Xie menanggalkan pakaiannya. Kulitnya yang putih salju terdedah pada kedinginan udara. Dia menggigil sedikit sebelum cepat-cepat masuk ke dalam tab mandi. Air yang hangat itu mengurangkan ketengangan tubuhnya dan liang-liang romanya menjadi lebih selesa.

Air mandian itu menjadikannya berasa sangat tenang. Mata Jun Wu Xie tertutup dan dia tertidur.

Setelah tertidur lena, Jun Wu Xie terjaga apabila air mandian itu mulai sejuk.

Sebaik dia membuka matanya, dia terpegun.

Satu raut wajah yang tampan berada di sisi tab mandian itu sambil tersenyum kecil. Mata yang berwarna ungu merenung Jun Wu Xie.

"...…" Jun Wu Xie memandang Jun Wu Yao, tidak menyedari bila lelaki itu sampai.

"Saya rasa inilah saatnya kamu patut mula menjerit." Jun Wu Yao menopang dagunya dan jari-jemarinya bermain-main di bibir tab mandi itu sebelum mengocakkan air mandian itu dengan perlahan. Matanya yang bersinar nakal menembusi kabus di dalam bilik itu dan merenung tepat pada Jun Wu Xie, memandang ke arah keningnya.

"Kenapa kamu di sini?" tanya Jun Wu Xie sambil mengerutkan keningnya. Kelopak-kelopak bunga di dalam air mandian itu bertaburan di seluruh tubuhnya.

"Kalau bukan di sini, saya perlu berada di mana?" soal Jun Wu Yao sambil ketawa.

"Kamu sudah pergi tadi." Jun Wu Xie tidak nampak Jun Wu Yao sewaktu dalam perjalanan pulang ke Istana Lin. Dia sudah terbiasa dengan keadaan lelaki itu yang sering lama menghilangkan diri.

Jun Wu Yao tersenyum, jari-jarinya yang runcing menari-nari di atas permukaan air. "Bau darah terlalu kuat dan saya perlu membersihkan diri. Mana mungkin saya akan benarkan kamu lihat saya dalam keadaan sebegitu?"